Tak Semua Minyak Wangi Tahan Lama, Ketahui Lima Kod Berbeza Ini Sebelum Beli

Tak Semua Minyak Wangi Tahan Lama

Tak Semua Minyak Wangi Tahan Lama, Ketahui Lima Kod Berbeza Ini Sebelum Beli

Minyak wangi merupakan jenis barangan yang sentiasa menarik minat orang ramai sejak zaman dahulu. Ia juga dianggap mewakili personaliti atau menggambarkan keterampilan seseorang tersebut.

Sehinggalah sekarang, kita dapat menyaksikan pelbagai jenama minyak wangi yang dijual di pasaran sama ada tempatan mahupun global.

Dalam dunia wangian, pemilihan minyak wangi sangat penting kerana mampu memberikan keyakinan dalam menjalani kehidupan. Umumnya, minyak wangi mengandungi kadar pati minyak wangi, tahap alkohol dan juga air.

Tambahan lagi, setiap minyak wangi yang dijual di kedai-kedai atau secara atas talian mempunyai kod berbeza misalnya Parfum, Eau de Parfum (EDP), Eau de Toilette (EDT), Eau de Cologne (EDC) dan Eau Fraiche (EF).

Jadi apa maksud disebalik semua kod di atas? Sebenarnya setiap kod di atas membawa maksud kepada tahap kepekatan minyak wangi tersebut. Kepekatan wangian sangat penting dalam menentukan beberapa lama ketahanan bau yang akan kekal pada kulit.

Oleh itu, bagi mereka yang sedang mencari minyak wangi apa yang sesuai dengan diri digalakkan untuk mengetahui maksud disebalik jenis wangian terlebih dahulu.

Untuk itu, mari kita ikuti maksud disebalik  lima kod wangian di bawah ini.

Lima Kod Minyak Wangi

Umumnya, dalam dunia wangian terdapat lima jenis kod yang terdiri daripada Parfum, Eau de Parfum (EDP), Eau de Toilette (EDT), Eau de Cologne (EDC) dan Eau Fraiche (EF).

Setiap kod wangian ini sangat berbeza dari segi tahap kepekatan minyak wangi dalam botol tersebut. Oleh itu, tahap kepekatan inilah yang akan menentukan performance minyak wangi tersebut dapat bertahan dengan lama ataupun tidak.

Gambar: myperfumeshop

 Parfum 

Tak Semua Minyak Wangi Tahan Lama
Gambar: Beauty Insider Singapore

Parfum merupakan minyak wangi yang mempunyai tahap kepekatan wangian yang paling tinggi. Biasanya, minyak wangi jenis Parfum mengandungi tahap kepekatan dari 15 peratus hingga 40 peratus namun kebiasaannya ia antara 20 peratus hingga 30 peratus dalam kebanyakan minyak wangi.

Selain itu, ia juga mempunyai bau yang mampu bertahan dari lapan jam dan ke atas.

Umumnya, Parfum mempunyai nilai harga yang jauh lebih tinggi atau mahal berbanding semua jenis wangian kerana tahap kepekatannya. Bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, lebih disarankan untuk menggunakan minyak wangi yang mempunyai tahap kepekatan wangian yang lebih rendah agar tidak mengeringkan kulit.

Eau de Parfum (EDP)

Tak Semua Minyak Wangi Tahan Lama
Gambar: Beauty Insider Singapore

Eau de Parfum atau lebih dikenali sebagai EDP merupakan jenis minyak wangi yang kedua tertinggi selepas Parfum. Umumnya, EDP mempunyai tahap kepekatan wangian antara 15 peratus hingga 20 peratus.

Disebabkan tahap kepekatan wangian yang agak tinggi, minyak wangi jenis ini mampu bertahan selama lapan hingga 10 jam.

Untuk pengetahuan, EDP adalah salah satu jenis wangian yang paling biasa dan sesuai untuk dipakai setiap hari.

Eau de Toilette (EDT)

Tak Semua Minyak Wangi Tahan Lama
Gambar: Vecteezy via Pinterest

Seterusnya, Eau de Toilette atau EDT menduduki carta ketiga dalam kepekatan minyak wangi dengan mengandungi lima peratus hingga 15 peratus. Istilah eau de toilette berasal daripada istilah Perancis iaitu “faire sa toilette” yang bermaksud bersiap sedia.

Dari segi ketahanan. EDT jauh lebih rendah berbanding minyak wangi jenis EDP dengan merekodkan bau selama enam hingga lapan jam pada kulit bergantung pada bahan yang digunakan.

Jika hendak dibandingkan dengan EDP, minyak wangi ini lebih murah dan salah satu yang paling popular.

Eau de Cologne (EDC)

Gambar: Pixabay

Bagi Eau de Colagne atau EDC, ia merupakan salah satu jenis minyak wangi yang mempunyai kadar kepekatan yang jauh lebih rendah berbanding rata-rata minyak wangi lain.

Hal ini kerana EDC hanya mempunyai kepekatan wangian antara dua peratus hingga empat peratus. Kebiasaannya EDC datang dalam bentuk botol atau bekas yang jauh lebih besar.

Tambahan lagi, ia hanya mampu bertahan selama dua jam sahaja pada kulit anda.

Oleh itu, ia memerlukan kadar semburan yang lebih banyak untuk digunakan pada diri anda.

Eau Fraiche (EF)

Tak Semua Minyak Wangi Tahan Lama
Gambar: Pixabay

Jenis wangian terakhir dikenali sebagai Eau fraiche atau dipanggil EF.  Minyak wang jenis ini hanya mengandungi satu hingga tiga peratus sahaja dalam bentuknya.

Walaupun tidak mempunyai kadar minyak wangi yang tinggi ia juga tidak menggunakan alkohol secara banyak sebaliknya adalah air.

Oleh itu, wangian jenis ini hanya mempunyai ketahanan bau selama dua jam.

Sumber: myperfumeshop, Lyskin 

The post Tak Semua Minyak Wangi Tahan Lama, Ketahui Lima Kod Berbeza Ini Sebelum Beli appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*