Connect with us

Global

Tak Serik, Aliff Aziz Sengaja Cari PasaI Ajak Gaduh Dan Tiba-Tiba Mahu Buka Zip Seluar

Published

on

Tak Serik, AIiff Aziz Sengaja Cari PasaI Ajak Gaduh Dan Tiba-Tiba Mahu Buka Zip Sluar..

” Gua maki mak lu, tak reti? tak reti?!”

Itu antara sebahagian kata-kata tidak snonoh yang diucapkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, 29 yang membuat masalah lagi apabila tular vdeo terbarunya yang dilihat seakan mencari masalah dengan beberapa individu lain.

Menerusi vdeo berkenaan, penyanyi Sayang Sayang itu berada di luar sebuah restoran sambil bertengkar mulut dan melepaskan kemarahan kepada individu lain sehingga hampir bergaduh yang dipercayai berlaku di Singapura baru-baru ini.

Vdeo berdurasi 1 minit 30 saat yang dirakam seorang individu dalam kereta mula tersebar di aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi dan sudah mula dikongsikan di Facebook.

Aliff yang kelihatan seakan dalam keadaan separa sedar dilihat cuba membuka zip seluar dalam cubaan untuk menunjukkan alat suIitnya sambil mengeluarkan kata-kata tidak senonoh.

Turut kelihatan beberapa individu cuba menenangkannya namun jelas penyanyi berkenaan tidak dapat mengawal dirinya meskipun lelaki yang berdepan dengannya itu tidak melayan beliau.

Aliff beberapa kali membuat provok terhadap individu yang sedang duduk di kerusi di luar kedai makan itu sehingga menyebabkan lelaki tersebut akhirnya bangun selepas hilang kesabaran.

Sebaik lelaki itu bangun dan cuba menghampiri Aliff, bekas suami Bella Astillah itu melarikan diri namun dalam masa sama masih mengeluarkan kata-kata tidak senonoh.

Aliff kemudian datang kembali ke arah individu terbabit sambil cuba membuka zip seluar beliau. Beberapa ketika Aliff menyedari perlakuannya dirakam, beliau lantas memberi amaran supaya tidak merakam videonya itu.

Bagaimanapun, butiran terperinci insiden itu tidak jelas kedengaran selain kata-kata kesat semata-mata.

Pada November lalu, Aliff ditahan polis di Singapura kerana didakwa menganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk.

Menerusi laporan portal Berita Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas penyanyi itu didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi di kawasan Orchard Road.

Beberapa hari kemudian, dia membuat penjelasan bahawa kejadian berkenaan terlalu berat untuknya jelaskan menerusi sebuah video yang dimuat naik ibunya, S Hafiz Basharahil di Facebook.

” Saya pun tak ingat apa yang terjadi waktu itu. Saya juga tak nak jelaskan lebih lanjut sebab sudah banyak cerita yang keluar.

” Apa boleh dikatakan, ia sangat berat untuk saya secara spiritual mahupun mental. Tapi, Insya Allah, selagi bernyawa saya akan teruskan hidup,” katanya.

Sementara itu, usaha wartawan untuk menghubungi Aliff tidak berjaya.

Peminat teruja, Atikah belanja foto baharu

-hmetro

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV

Advertisement

Tags

Archives

Trending