Taktik sindiket seleweng diesel subsidi tumpas

IPOH – Taktik licik sindiket penyelewengan diesel bersubsidi menggunakan lori tangki bekalan minyak sawit untuk membawa bahan bakar terbongkar menerusi serbuan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Silibin di sini semalam.

Serbuan sekitar pukul 1 petang itu dilakukan berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan oleh Unit Perisikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, dalam operasi itu, sebuah pusat pengumpulan minyak diesel bersubsidi dijumpai di mana menggunakan modus operandi mengisi minyak diesel secara kerap dan berulang menggunakan sebuah kepala lori ‘prime mover’.

Katanya, tindakan sindiket itu cuba mengaburi pihak berkuasa ketika mengisi minyak di stesen minyak di sekitar Silibin

“Kepala lori prime mover ini kemudian akan ke lokasi pengumpulan dan memindahkan minyak diesel dari tangki lori tersebut ke sebuah tangki simpanan lain menggunakan pam elektrik.

“Bahan bakar itu seterusnya akan dipindahkan semula ke sebuah tangki khas ‘bekalan minyak sawit’ untuk dihantar dan dijual ke pihak industri di Lembah Klang,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas premis itu menjumpai 6,490 liter cecair disyaki minyak diesel dan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM762,615.

“Siasatan ke atas premis juga mendapati ia telah beroperasi selama sebulan dan disyaki beroperasi tanpa lesen yang sah oleh pihak berkuasa. Dalam operasi itu, lima pekerja termasuk tiga warga asing telah ditahan untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Taktik sindiket seleweng diesel subsidi tumpas appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*