Takut, Gusar Bila Berdepan Ular? Anggota Bomba Dedah Cara Selamat Hadap Haiwan Ini

Takut, Gusar Bila Berdepan Ular

Takut, Gusar Bila Berdepan Ular? Anggota Bomba Dedah Cara Mudah Hadap Haiwan Ini

Ada segelintir orang yang takut atau berasa geli apabila berhadapan dengan haiwan liar seperti ular, biawak, tikus  dan sebagainya. Umum ketahui, haiwan ini adalah dalam kategori berbahaya terutamanya ular, patukannya yang berbisa mampu menyebabkan manusia cedera parah dan meninggal dunia.

Tetapi kes lain pula bagi peminat atau pencinta haiwan eksotik, golongan ini sememangnya lain daripada yang lain. Namun pada kali ini kita tidak akan membahaskan tentang haiwan eksotik apa yang sesuai untuk dipelihara atau sebagainya.

Justeru, perkongsian kali ini berfokus kepada golongan yang takut akan haiwan ini dan cara untuk berhadapan dengannya. Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika haiwan ini mendekati anda? Adakah anda perlu menyerangnya juga untuk tujuan menyelamatkan diri atau sebaliknya?

Cara Depani Ular
Kredit: BBC

Jadi, ikuti perkongsian daripada video @payedskc untuk mengetahui tindakan atau reaksi yang anda perlu berikan sekiranya berhadapan dengan ular seperti ini. Video yang berdurasi satu minit tujuh saat ini telah mendapat tontonan sebanyak 1.7 juta kali, 731,000 tanda suka dan 687 komen yang ditinggalkan.

Dalam video tersebut, dilhat seorang anggota bomba sedang mengetengahkan tindakan yang perlu kita ambil apabila berdepan dengan ular, tidak kisahlah ular apa tetapi dalam video tersebut, anggota itu menggunakan ular tedung.

Dalam masa yang sama, anggota bomba itu juga mengatakan bahawa ular akan tertarik kepada benda yang bergerak. Hal ini terbukti apabila anggota bomba tersebut sudah jelas duduk menghadap ular itu, namun hanya tangan yang digerakkannya (dijadikan umpan untuk bertindak balas).

Padahal, jika diperhatikan jarak kakinya dengan ular adalah jauh lebih dekat. Jadi, anggota bomba turut menasihati sekiranya berhadapan dengan haiwan sebegini, anda perlu mendiamkan diri atau dalam kata lain, pura-pura ‘mati’ atau bahasa mudahnya jangan bergerak.

Tindakan ini dilihat seperti berani, dihampiri haiwan berbisa dengan jarak dekat namun ia adalah satu-satunya reaksi yang perlu anda lakukan apabila mendepani haiwan ini. Hendak lari, takut lebih membahayakan diri. Anda sendiri pun sedia maklum bukan tahap keupayaan diri macam mana, adakah berupaya melawan haiwan tersebut?

Jika tidak, anda tidak mempunyai sebarang pilihan. Jadi apa yang diajar oleh anggota bomba ini mungkin boleh dipraktikkan demi keselamatan diri. Utamakan keselamatan dalam setiap keputusan yang dibuat. Semoga perkongsian bermanfaat!

@payedskc

Memahami cara ular mematuk #kingcobra🐍🤘 #squadkingcobra #venomous #tiktok #fypシ #wildlife #foryoupage

♬ original sound – FARID SQUAD KING COBRA – FARID SQUAD KING COBRA

Sumber: @payedskc | Tiktok

The post Takut, Gusar Bila Berdepan Ular? Anggota Bomba Dedah Cara Selamat Hadap Haiwan Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*