TalentCorp Jalin Kerjasama Dengan Kerajaan Sepanyol Bagi Menyokong Perkongsian Pengetahuan, Kemahiran & Budaya

PETALING JAYA, 18 April – Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Economic and Commercial Office of Spain (Ofecome) di bawah Kedutaan Sepanyol di Malaysia untuk mewujudkan dan membangunkan kerjasama kerja dalam program yang bertujuan membina ekosistem bakat yang kukuh.

Semasa majlis tandatangan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew, berkata kerjasama ini sejajar dengan mandat TalentCorp sebagai agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia dalam menarik, memupuk dan mengekalkan bakat untuk pertumbuhan Malaysia.

“Kami berharap untuk mengukuhkan dan memupuk hubungan strategik ini dengan Sepanyol, dimana ia akan memudahkan aliran bakat antara kedua-dua negara dan menarik pelaburan bernilai tinggi ke Malaysia,” katanya.

Di bawah MoU itu, TalentCorp akan menyokong Kedutaan Sepanyol di Malaysia dan syarikat Sepanyol yang berpangkalan di Malaysia untuk membangun dan melaksanakan program bakat. Ia termasuk kemudahan bagi peserta ICEX Vives yang layak, sebuah program latihan siswazah tahunan Kerajaan Sepanyol yang baru diperkenalkan tahun ini untuk meningkatkan pengalaman praktikal belia Sepanyol dan menyumbang kepada pengantarabangsaan syarikat Sepanyol.

Pada masa yang sama, Ofecome akan menyokong program TalentCorp dengan menyediakan maklumat dan input yang diperlukan untuk mengukuhkan agenda bakat, serta menghubungkan TalentCorp kepada rakan industri Sepanyol untuk program pembangunan bakat terutamanya program TVET.

Kaunselor Ekonomi dan Komersial di Kedutaan Sepanyol di Malaysia, Ines Perez-Durantez, berkata kerjasama strategik dengan TalentCorp ini mengesahkan dasar mesra perniagaan dan komitmen Malaysia untuk membina tenaga kerja global bertaraf dunia.

“Program ini juga akan mengukuhkan kecekapan global belia Sepanyol dan EU melalui peluang kerja dengan syarikat Sepanyol di luar negara,” katanya.

Menurut MATRADE, kadar perdagangan Malaysia dengan EU meningkat sebanyak 20.1% kepada RM216.53 bilion pada 2022 berbanding RM180.23 bilion pada 2021. Nilai eksport ke pasaran Sepanyol sahaja mencatatkan RM5.74 bilion, peningkatan 22% daripada tahun sebelumnya.

The post TalentCorp Jalin Kerjasama Dengan Kerajaan Sepanyol Bagi Menyokong Perkongsian Pengetahuan, Kemahiran & Budaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*