Tanah runtuh: Penjawat awam curi barang mangsa tragedi ditahan

AMPANG – Seorang penjawat awam ditahan dipercayai terbabit dalam kes kecurian barangan milik mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor pada 16 Disember lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam berkata, suspek berusia 27 tahun berkenaan ditahan sekitar Lembah Klang.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pagi tadi.

Terdahulu, polis menyiasat dakwaan satu hantaran di laman Facebook bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan kad Touch ‘n Go milik mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan popular di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, hantaran berkenaan dipercayai dimuat naik salah seorang daripada ahli keluarga mangsa tragedi terbabit. – KOSMO! ONLINE.

The post Tanah runtuh: Penjawat awam curi barang mangsa tragedi ditahan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*