“Tape” Kerusi Pesawat Hanya Sementara – AirAsia

Tape kerusi AirAsia

“Tape” Kerusi Pesawat Hanya Sementara – AirAsia

Gambar yang tersebar di media sosial berkenaan tempat letak tangan di dalam sebuah pesawat AirAsia yang menggunakan pita pelekat adalah hanya untuk sementara, kata AirAsia pada semalam.

Memetik CNA, makluman berkenaan dibuat oleh syarikat penerbangan itu selepas isu menjadi tular di Facebook.

Terdahulu seorang pengguna telah berkongsi gambar tempat duduk di dalam penerbangan AirAsia X. Gambar tersebut menunjukkan pita pelekat berwarna kuning dilekat pada tempat letak tangan pesawat tersebut.

Kredit Facebook

Dalam salah satu gambar yang dikongsi, dapat dilihat bahawa kebanyakan kerusi di beberapa baris tempat duduk di dalam pesawat itu dilekat dengan pita pelekat tersebut.

Pengguna berkenaan turut memuat naik satu kenyataan yang menggambarkan perasaan kurang senangnya apabila memikirkan apa yang dirasakan oleh pelancong asing yang menaiki pesawat tersebut berkenaan Malaysia.

Tape kerusi AirAsia hanya sementara

Menurut pengguna berkenaan, pesawat D7379 itu dilaporkan penerbangan dari Taipei ke Kuala Lumpur.

Kredit Facebook

“Hanya kerusi di kelas perniagaan tidak terjejas,” tulisnya lagi pada salah satu gambar tersebut.

Menjawab pertanyaan daripada laporan CNA, ketua kejuruteraan di AirAsia X berkata bahawa pita kuning itu digunakan kerana kekurangan alat ganti. Malah perkara itu tidak berkaitan dengan isu keselamatan di dalam pesawat tersebut.

BACA: Sekejap Je, Ini Cara Betul “Defrost” Ayam Beku Dari Peti Sejuk

“Pita vinil khusus, yang biasa digunakan untuk pembaikan kabin kosmetik. Ia digunakan sebagai langkah sementara untuk mengelakkan gangguan sewaktu penerbangan.

“Langkah itu dibuat untuk mengutamakan membawa pelanggan kami dengan selamat dan tepat pada masanya ke destinasi yang mereka tuju,” kata Alvin Tan, ketua kejuruteraan AirAsia.

Tambah Alvin lagi, alat ganti tersebut sudah ditempah pada Ogos tahun lalu dan dikatakan telah sampai pada minggu lalu.

Kerja pembaikan juga sedang kiat dijalankan secara berperingkat oleh syarikat penerbangan tersebut.

“Tempahan alat ganti yang dibuat pada Ogos 2022 telah tiba minggu lepas, dan kerja pembaikan sedang berjalan secara berperingkat untuk membaiki semua penutup lengan,” kata Alvin lagi mengulas lanjut berkenaan gambar tular tersebut.

Sumber: CNA

The post “Tape” Kerusi Pesawat Hanya Sementara – AirAsia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*