
KUALA LUMPUR: Kecoh di media sosial ketika ini apabila ada yang mendakwa bahawa Perak FC tidak akan menyertai saingan Liga Super musim depan.
Berdasarkan spekulasi tersebar di media sosial, pengurusan kelab itu dikatakan sudah mengadakan mesyuarat bersama pemain, pagi tadi.
Mesyuarat itu dikatakan bukan sahaja bagi memuktamadkan keputusan untuk tidak menyertai Liga Super 2025/26, malah turut membabitkan cadangan kaedah pembayaran tunggakan gaji pasukan.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada kelab berkenaan berhubung perkara itu.
BH Sukan juga berusaha mendapatkan komen daripada Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, namun tidak berjaya.
Sebelum ini, Perak FC dilaporkan menjadi pasukan terbaru mengalami masalah tunggakan gaji selepas perkara sama dialami beberapa pasukan lain dalam Liga Super.
sumber :BH
Spekulasi itu turut mencetuskan persoalan mengenai Liga Super musim depan dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan mengumumkan mengenai proses pasukan mendapatkan lesen kebangsaan selepas 30 April ini.