Telatah Comel Anjing Laut Bersihkan Kolam, Tarik Perhatian Wargenet

Telatah Comel Anjing Laut Bersihkan Kolam

Telatah dan gelagat comel haiwan peliharaan tidak dinafikan mampu membuat kita tersenyum, malah dengan kehadiran haiwan sebegini akan membantu menyerikan kehidupan seharian kita.

Sebelum ini, kita hanya dihidangkan dengan telatah nakal si bulus yang dikenal sebagai ‘Oyen’. Melihat banyak video yang dikongsikan sahaja mampu membuatkan kita tergelak riang apatah lagi menjadikannya sebagai haiwan perliharaan.

Tetapi, dalam perkongsian kali ini, kita tidak mahu membahas berkaitan Oyen, tetapi anda akan dibawa menerokai haiwan laut yang tiada tolok bandingnya juga.

Mesti anda pelik, haiwan laut apa yang menjadi bualan hangat sehingga mampu meraih perhatian umum. Jadi, ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Baru-baru ini tular di laman Twitter yang mempamerkan gelagat comel anjing laut menolong pekerja pembersihan membersihkan kolam.

Perkongsian daripada @birbelgesel yang berdurasi lebih kurang 18 saat itu telah mendapat 674,900 tontonan, 4,709 komen dan 217 perkongsian (setakat artikel ditulis).

Dalam video tersebut, jelas kelihatan anjing laut itu mengambil kon yang terapung di dalam air dan meletakkannya di tepi kolam.

Kecomelannya tidak dapat disangkal lagi, dengan tangannya yang memikul kon sebesar badannya ke tepi kolam dan berenang semula ke tengah untuk mendapatkan kon yang kedua.

Tidak dinafikan, haiwan yang terpelihara dan diajar sebegitu rupa, mampu meringankan atau membantu kita dalam apa jua situasi yang bersesuaian dengannya.

Tidak hanya itu, rata-rata warganet turut memuji tindakan dan gelagat comel anjing laut tersebut. Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan dalam perkongsian itu.

Telatah Comel Anjing Laut Bersihkan Kolam
Kredit: @birbergesel | Twitter
Telatah Comel Anjing Laut Bersihkan Kolam
Kredit: @birbergesel | Twitter
Telatah Comel Anjing Laut Bersihkan Kolam
Kredit: @birbergesel | Twitter

 

Turut dilampirkan video untuk tontonan semua.

The post Telatah Comel Anjing Laut Bersihkan Kolam, Tarik Perhatian Wargenet appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*