Teman Wanita Curang, Lelaki Terima Lebih RM1,000 Duit Pampasan Insurans Patah Hati

insurans patah hati

Teman Wanita Curang, Lelaki Terima Lebih RM1,000 Duit Pampasan Insurans Patah Hati

Seorang lelaki di India mendedahkan bahawa dia berjaya memperolehi wang pampasan sebanyak 25,000 rupee (RM1,354) selepas dicurangi oleh teman wanitanya, lapor Newsd.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang lelaki bernama Prateek Aaryan di akaun Twitter miliknya pada 15 Mac yang lalu.

Menurutnya, wang itu berjaya diperolehinya selepas dia dan bekas teman wanitanya pernah bersetuju untuk membuat satu perjanjian ketika di awal percintaan.

Perjanjian itu memerlukan mereka berdua untuk mendepositkan Sebanyak 500 rupee setiap bulan ke dalam sebuah akaun bank bersama.

Selain dari itu, mereka berdua turut meletakkan syarat bahawa barang siapa yang berlaku curang, maka duit yang ada di dalam akaun bank tersebut akan menjadi milik mangsa yang dicurangi.

Dana Insurans Patah Hati

“Disebabkan teman wanita curang kepada saya, saya menerima ganti rugi 25,000 rupee (RM1,354).

“Sewaktu hubungan kami bermula, kami masing-masing telah mendepositkan 500 rupee setiap bulan ke dalam akaun bersama. Kami juga bersetuju bahawa sesiapa yang tidak setia akan kehilangan wang tabungan tersebut. Ia dipanggil sebagai Dana Insurans Patah Hati (HIF),” tulisnya di Twitter.

Tambahnya, ramai wanita tidak mempercayai kewujudan skim insurans yang boleh memberikan manfaat dalam perhubungan.

“Wanita tidak percaya bahawa Heartbreak Insurance Fund (HIF) bermanfaat dalam perhubungan. Polisi ini ekslusif untuk pelanggan yang setia sahaja,” tulis Prateek lagi menerangkan berkenaan insurans yang dibuatnya.

Ciapan itu telah menjadi tular dan mendapat perhatian pengguna platform media sosial tersebut. Ramai daripada pengguna turut meninggalkan pandangan dan pendapat mereka berkenaan perkara itu.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

“Saya tidak tahu bagaimana perasaan kamu sekarang. Tapi tahniah jika kamu gembira dan maaf jika kamu berasa sedih kerana ditipu,” tulis seorang netizen.

“Saya sedang mencari pilihan pelaburan, dan ini nampaknya mempunyai pulangan yang hebat. Siapa ingin melakukan ini bersama?” tulis seorang lagi netizen mendapati idea tersebut sebagai pelaburan bijak.

“Ini adalah benda paling hebat pernah saya dengar,” tulis seorang netizen yang mengagumi idea lelaki tersebut.

“Lebih lama anda bersama, lebih besar ganjaran yang kamu boleh dapatkan,” tulis seorang lagi dalam nada bergurau.

Sumber: Newsd

The post Teman Wanita Curang, Lelaki Terima Lebih RM1,000 Duit Pampasan Insurans Patah Hati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*