Tenang, kita boleh jinakkan Singa

PETALING JAYA: Menang atau ‘bungkus’ awal.

Itu sahaja pilihan yang dimiliki Malaysia ketika ini apabila berdepan Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF di Bukit Jalil esok.

Kemenangan akan membawa anak-anak buah Kim Pan Gon ke separuh akhir, namun seri atau kalah bererti mereka mengulangi episod malang tahun lalu apabila tersingkir seawal peringkat kumpulan.

Bagi pemain sayap Harimau Malaya, V. Ruventhiran, Malaysia perlu tenang dan bermain bijak untuk menjinakkan skuad Singa, selain mengelak daripada melakukan kesilapan bodoh.

“Jurulatih juga menggalakkan saya untuk bermain secara me­nyerang dan cuba menjaringkan gol sekiranya mempunyai peluang.

“Dia juga galakkan kami untuk menyerang sebanyak mana yang mungkin kerana kita mahu jaringkan gol.

“Tambahan pula kita bukan pasukan yang bermain secara bertahan. Untuk perlawanan menentang Singapura, kami mahukan kemenangan besar untuk dapatkan tiga mata penuh,” katanya selepas latihan semalam.

Ruventhiran berkata, walaupun mereka akan ghairah melakukan serangan untuk memburu kemenangan, namun Harimau Malaya harus berwaspada dengan kemampuan Singapura mengikat Vietnam 0-0 dalam aksi terakhir mereka.

The post Tenang, kita boleh jinakkan Singa appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*