Connect with us

Global

Terbongkar Cerita Sebenar! Ibu Terkejut Tengok Anak Tidur Separuh Bogel Di Ruang Tamu

Sejak dua menjak kebelakangan ini, terdapat banyak kes cabul, gangguan seksual, rogol dan sebagainya yang melibatkan remaja dan kanak-kanak. Individu yang tidak bertanggungjawab ini tergamak untuk melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut hanya untuk memuaskan nafsu.

Memetik laporan Tribun News, kejadian tidak bermoral itu hanya disedari ketika ibu mangsa terjaga dari tidur untuk menunaikan solat subuh. Wanita itu melihat anak perempuannya tidur tanpa seluar di ruang tamu rumah mereka yang terletak di Lampung, Indonesia.

Lebih mengejutkan apabila melihat suami yang juga bapa tiri mangsa juga berada di sebelahnya. Melihat keadaan itu, wanita ini mengesyaki bahawa sesuatu yang berlaku.


Difahamkan, beberapa jam setelah anak perempuannya bangun dari tidur, dia bertanya kepada mangsa mengapa dia tidak memakai seluar dan siapa yang menanggalkannya.

Menangis, takut nak cerita..

Walaupun banyak kali ditanya, mangsa hanya berdiam diri dan lansung tidak menceritakan apa-apa. Namun, pada sebelah petang, ibu dan ibu saudara mangsa mengajukan soalan yang sama sekali lagi.

Mangsa kemudian menangis dan mengatakan bahawa dia takut untuk memberitahu perkara sebenar. Tidak lama selepas itu, mangsa akhirnya membuka mulutnya untuk mengatakan bahawa ayah tirinya telah mencabulnya.

Difahamkan, dia terpaksa merahsiakan perkara ini kerana suspek telah mengugutnya. Ibu mangsa kemudian segera pergi ke balai polis untuk membuat laporan, dan suspek berusia 45 tahun akhirnya ditangkap.

Menurut sumber, sekiranya didapati bersalah, suspek akan dijatuhkan hukuman penjara maksimum 15 tahun.


Sumber: Tribun News


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags