Terdengar Bunyi Muzik Dalam Perut, Lelaki Cemas Tertelan “Earphone” Ketika Sedang Nyenyak Tidur

Terdengar Bunyi Muzik Dalam Perut, Lelaki Cemas Tertelan “Earphone” Ketika Sedang Nyenyak Tidur

Seorang lelaki di China cemas selepas mendapati bahawa fon telinga (earphones) tanpa wayar hilang sebaik dia terjaga dari tidur, lapor Daily Star.

Lelaki yang dikenali dengan nama samaran Xiaoyong itu memberitahu laman Houlang bahawa dia hanya menyedari kehilangan salah satu fon telinganya pada 6 April lalu sewaktu dia hendak ke tandas sekitar jam 3 pagi.

Lelaki itu kemudiannya memutuskan untuk memainkan beberapa muzik yang disambungkan ke fon telinganya bagi mencari keberadaan alat tersebut sebelum terkejut sebaik terdengar muzik yang dimainkan datang dari dalam badannya.

Ternyata, dia telah menelan fon telinga tersebut tanpa disedarinya ketika sedang nyenyak tidur.

Dia kemudiannya terus bergegas ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kira-kira jam 4 pagi dan mendapati fon telinganya berada di dalam perutnya melalui imbasan x-ray.

Kredit Houlang

Gambar ganjil dari x-ray menunjukkan peranti kecil itu jelas kelihatan berada di dalam badannya.

Semasa menunggu di hospital, lelaki itu mendokumentasikan aduan peliknya sambil memainkan muzik melalui fon telinganya kepada pengikutnya di atas talian.

Ubat diberi supaya boleh mengosongkan usus

Menurut Xiaoyong, doktor telah memberinya beberapa jenis ubat untuk membolehkannya mengosongkan ususnya.

Sekiranya ia tidak berjalan seperti yang dirancang, maka Xiaoyong perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peranti itu dari dalam ususnya.

Peristiwa aneh itu pasti akan membuatkan ramai orang berfikir dua kali apabila tidur dengan memakai fon telinga tersebut.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Terdahulu, seorang pengguna di Bangkok, Thailand nyaris mengunyah mata kail yang ditemui dalam ikan sardin tin keluaran jenama terkenal di Thailand, lapor The Thaiger.

Kejadian itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook yang kemudiannya memuat naik gambar penemuan berkenaan sebagai bukti.

“Seorang pengguna yang makan ikan dalam tin telah menemui objek asing di dalamnya. Saya tidak akan maafkan QC tentang apa yang terjadi,” tulis luahan itu.

Selain itu, pengguna tersebut dipercayai telah membuat aduan ke jabatan jualan produk berkenaan. Syarikat itu kemudiannya telah menawarkan untuk memberinya dua peti ikan dalam tin sebagai pampasan atau wang tunai 1500 baht (RM193).

Sumber: Daily Star

The post Terdengar Bunyi Muzik Dalam Perut, Lelaki Cemas Tertelan “Earphone” Ketika Sedang Nyenyak Tidur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*