TERIMA KASIH JIWA BAIK..!! – WAN ASLAM

“Terima Kasih Jiwa Baik,” Ibu Bapa Bayi Naail Luah Penghargaan
Wan Aslam Zakaria dan isterinya, Raihan Amin terharu dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang terlibat dalam sumbangan untuk anak mereka.

Beliau berkata demikian dalam satu perkongsian video hari ini selepas berjaya mengumpulkan dana RM9 juta kepada anaknya, Wan Muhammad Naail Wan Aslam, 10 bulan, yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Athropy (SMA) Type 1.

“Tujuan kami buat video pada hari ini adalah untuk luahkan rasa terima kasih kepada semua yang membantu kami sepanjang kempen Naail ini daripada awal sehingga akhir.

“Terutamanya saya tujukan kepada Misi Rakyat dan juga pihak SMA Malaysia dalam membantu kami menjayakan sumbangan dana untuk Naail.. Alhamdulillah,” ujarnya.

Jelas Wan, mereka sangat menghargai jasa dan pengorbanan yang dilakukan.

         ________________________



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*