“Terima Kasih Untuk Lima Bulan Yang Indah…” – Shila Amzah & Ubai Berpisah?

shila amzah ubai

Perkongsian penyanyi Shila Amzah di laman Instagram hari ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai dan peminatnya.

Dalam hantaran terbaharu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah, memuat naik satu gambar bersama personaliti media sosial Ubai Mz beserta kapsyen yang panjang.

Kredit: Shila Amzah/Instagram

“Terima kasih untuk lima bulan yang indah. Awak telah menjadi pasangan yang hebat kepada saya.

“Terima kasih kerana telah menunjukkan kasih sayang kepada Seth (anak). Saya harapkan yang terbaik untuk awak.

“Saya doakan awak dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala yang dihajati.

“Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila,” memetik kapsyennya.

BACA: Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami – Zulin Aziz

Jalin hubungan pada Februari 2023

Kredit: Shila Amzah/Instagram

Februari lalu, media melaporkan pasangan selebriti tersebut mengakui menjalinkan hubungan selepas tampil memberi penjelasan menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Difahamkan, Ubai atau Ubaidillah mula mendekati Shila ketika penyanyi berusia 33 tahun itu berada dalam fasa kekecewaan akibat kegagalan rumah tangga.

Jelas lelaki berusia 25 tahun itu, dia menyukai Shila sejak tingkatan satu pada 2011 dan mula follow Shila di Twitter.

Shila turut mengatakan bahawa hubungan mereka direstui oleh ahli keluarganya.

Walaupun terdapat perbezaan jarak umur, Shila menjelaskan faktor umur adalah tidak penting kerana pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki lebih berusia.

Pernah berkahwin

Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018.

Pun begitu, ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022 dan mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais.

Penyanyi lagu Patah Seribu itu memaklumkan perkhabaran duka tersebut menerusi satu perkongsian ringkas di laman Instagramnya.

“Alhamdulillah, kes Sha dan bekas suami dah selesai. Kita akan berusaha jaga dan sayangi Seth sampai bila-bila.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulis kapsyennya pada gambar dipercayai pejabat agama yang dimuat naik di Instagram itu.

Dalam pada itu, Shila turut meluahkan kata-kata pilunya mengenai situasi sedih itu menerusi ruangan Insta Story.

“Semua orang berkahwin adalah untuk mencari kebahagiaan. Tiadalah orang dalam dunia ni yang kahwin untuk bercerai..berpisah.

“Apa juga kemungkinan dan apa juga kemudaratan yang berlaku pada diri kita tu pasti ada hikmah dia,” katanya tenang.

Sumber: Shila Amzah/Instagram

The post “Terima Kasih Untuk Lima Bulan Yang Indah…” – Shila Amzah & Ubai Berpisah? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*