Connect with us

Politik

TERKINI: YDP Agong Berpendapat Tiada Keperluan Untuk Isytihar Darurat Buat Masa Ini

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpendapat tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara buat masa ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Baginda berasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan.

“Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menganggu kestabilan pemerintahan negara.


“Al-Sultan turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh menganggu-gugat kerajaan sedia ada,” katanya dalam perutusan rasmi hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan dalam parlimen adalah amat penting kepada rakyat dalam menangani wabak COVID-19.

“Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Sesungguuhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian COVID-19 di negara ini,” tambah perutusan itu lagi.

Berita penuh menyusul.


Sumber: Istana Negara, BERNAMA


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags