Terkurung 40 Tahun, Kiska ‘Ikan Paus Paling Sunyi’ Dilapor Mati

kiska mati

Terkurung 40 Tahun, Kiska ‘Ikan Paus Paling Sunyi’ Dilapor Mati

Ikan paus pembunuh tawanan terakhir kanada, Kiska dilaporkan telah mati kerana jangkitan kuman, pada Khamis lalu, lapor Wion News.

Kiska, yang juga digelar sebagai ikan paus paling sunyi di dunia telah menghabiskan empat dekat terakhir hidupnya dalam kurungan di Marineland, zoo dan taman hiburan yang terletak di Niagara Falls.

Ikan paus pembunuh yang berusia 47 tahun itu ditangkap pada tahun 1979 dari perairan Iceland bersama ikan paus Keiko, yang pernah ‘membintangi’ filem Free Willy.

Mamalia yang kesepian itu menghabiskan kehidupannya dalam tawanan di pelbagai taman laut sebelum ditempatkan di sebuah taman hiburan di Kanada.

Menurut organisasi hak haiwan, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA), Kiska mati akibat jangkitan kuman ketika di Marineland of Canada di Ontario.

Kumpulan itu turut berkata bahawa mamalia itu menghabiskan tahun-tahun terakhirnya diasingkan di dalam tangki yang sempit, berenang dalam bulatan yang tidak berkesudahan atau kadang-kadang terapung dengan lesu.

“Seperti semua paus pembunuh dan ikan lumba-lumba lain yang dipenjarakan di taman laut dan dieksploitasi untuk hiburan, Kiska berhak tinggal di lautan dengan keluarganya.

“Dengan itu, mamalia terbabit dapat merasai kehidupan semula jadi,” kata mereka.

Difahamkan, Kiska hidup lebih lama berbanding kelima-lima jenisnya, yang mati sebelum mencapai umur lima tahun.

Di alam liar, paus pembunuh secara purata mempunyai jangka hayat sebanyak 30 hingga 50 tahun.

Bagi jantina jantan, jangka hayat maksimum ialah 60 tahun, manakala bagi perempuan ialah 80 tahun.

BACA: Ikan Paus Sepanjang 41 Kaki Terdampar Mati Mungkin Dilanggar Kapal

Video Kiska hentak kepala tular

Pada September 2021, video kiska menghentak kepalanya ke dinding kaca tangkinya telah mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial.

Dalam video tersebut, ikan paus paling sunyi di dunia itu bertindak untuk menghentak kepala dan badannya ke dinding penjara miliknya.

Susulan itu, aktivis haiwan dan pertubuhan hak asasi memfailkan aduan undang-undang mengenai penderitaan mental yang dialami oleh Kiska.

Walaupun perkara itu telah dibangkitkan, namun Kiska masih tetap dikurung dalam tangki yang sempit itu.

Sebelum ini, media melaporkan Kanada telah mengharamkan pengurungan ikan paus dan ikan lumba-lumba pada 2019, bagaimanapun mamalia marin seperti Kiska dilaporkan telah dikecualikan daripada undang-undang.

Negara seperti Amerika Syarikat (US), China, Jepun, Sepanyol dan Rusia masih membenarkan penawanan dan pembiakan paus pembunuh seperti Kiska.

Menurut laporan Whale & Dolphin Conservation USA, setakat 9 Januari 2023, sekurang-kurangnya 173 paus pembunuh telah mati dalam kurungan di US.

Sumber: Wion News

The post Terkurung 40 Tahun, Kiska ‘Ikan Paus Paling Sunyi’ Dilapor Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*