Terlampau Takut Dijangkiti COVID-19, Wanita Nekad Kurung Diri Tiga Tahun Dalam Rumah

kurung diri tiga tahun

Terlampau Takut Dijangkiti COVID-19, Wanita Nekad Kurung Diri Tiga Tahun Dalam Rumah

Akibat ketakutan yang melampau daripada dijangkiti Covid-19, seorang wanita bersama anak lelakinya nekad mengurung diri di rumah mereka di Chakkarpur Gurugam di India selama tiga tahun, lapor NDTV.

Kisah yang mengejutkan itu terbongkar apabila suaminya yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta memaklumkan kepada pihak polis di pos polis Chakkarpur.

Atas permintaannya, sepasukan polis, pegawai kesihatan dan anggota jabatan kebajikan kanak-kanak tiba di kediaman itu pada Selasa lalu.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Mereka telah memecah pintu utama dan menyelamatkan wanita berkenaan dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun.

Menurut laporan NDTV, imej yang dirakam menunjukkan timbunan pakaian, rambut, sampah, kotoran dan barangan runcit berselerak di sekeliling rumah itu.

Wanita terbabit juga dikatakan pernah memotong rambut anaknya serta rambutnya sendiri di rumah.

Sementara itu, dia memasak menggunakan dapur elektrik (induction) dan bukannya dapur gas.

Malah, sampah-sarap di rumah itu tidak pernah dibuang selama tiga tahun dan tiada sesiapa yang mengunjungi rumah berkenaan selama tempoh tersebut.

Difahamkan bahawa anak lelakinya itu pernah membuat lukisan di dinding rumah dan hanya belajar menggunakan pensel sahaja.

Kurung diri tiga tahun

Apa yang mengejutkan, anak lelaki wanita itu tidak pernah melihat matahari sejak tiga tahun lalu.

Selama ini, jiran-jirannya difahamkan tidak tahu bahawa wanita terbabit mengurung diri di dalam rumah tersebut bersama anak lelakinya.

Gambar: NDTV

Dalam pada itu, seorang pegawai polis berkata, wanita itu berada dalam keadaan panik akibat COVID-19 dan percaya anaknya akan mati sekiranya mereka keluar dari rumah.

Sepanjang tempoh tiga tahun mengurung diri di dalam rumah bersama anaknya, wanita berkenaan tidak membenarkan suaminya masuk ke dalam rumah.

Memetik NDTV, suami kepada wanita tersebut telah keluar dari rumah untuk ke pejabat pada 2020, selepas sekatan penutupan (lockdown) pertama ditarik balik, suaminya tidak dibenarkan masuk ke rumah sejak itu.

Sehubungan itu, satu-satunya cara suami wanita tersebut kekal berhubung dengan keluarganya adalah melalui panggilan video.

Dia juga dilaporkan turut membayarkan sewa bulanan rumah, menjelaskan bil elektrik, membayar yuran sekolah anaknya, membeli barangan runcit dan sayur-sayuran dan juga meninggalkan beg barangan keperluan di luar pintu utama rumah tersebut.

Ekoran daripada itu, kedua-dua ibu dan anak lelaki itu dikejarkan ke hospital awam selepas berjaya diselamatkan.

Sumber: NDTV

The post Terlampau Takut Dijangkiti COVID-19, Wanita Nekad Kurung Diri Tiga Tahun Dalam Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*