Termometer tersumbat dalam zakar budak 12 tahun, 9 jam tahan sakit

BEIJING – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun di Chengdu, China dikejarkan ke hospital selepas sebatang termometer berada di dalam zakarnya, lapor akhbar Metro UK

Dia mengalami kesakitan yang teruk selepas termometer itu ‘tertanam’ selama sembilan jam.

Imbasan X-ray memaparkan kedudukan termometer itu berada jauh di dalam saluran kencing sehingga mencecah pundi kencing pesakit.

Kes yang disiarkan dalam Asian Journal of Surgery itu mendedahkan bahawa doktor-doktor  di Hospital Rakyat Pertama Daerah Longquanyi bimbang untuk melakukan prosedur menarik termometer itu keluar kerana berisiko menyebabkan komplikasi lanjut.

Mereka memutuskan untuk melakukan pembedahan laparoskopi kerana bimbang tindakan menarik termometer itu akan merosakkan organ pesakit.

Pengarang utama laporan itu, Dr. Changxing Ke menyalahkan ‘perasaan ingin tahu’ berhubung  kejadian itu. – Agensi

The post Termometer tersumbat dalam zakar budak 12 tahun, 9 jam tahan sakit appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*