Terselamat Dari Gempa, Wanita Ditimpa ‘Bala’ Muka Didakwa Disimbah Air Panas Oleh Bekas Suami

wanita disimbah air panas

Terselamat Dari Gempa, Wanita Ditimpa ‘Bala’ Muka Didakwa Disimbah Air Panas Oleh Bekas Suami

Seorang lelaki didakwa tergamak menuang air panas yang sedang mendidih ke muka bekas isterinya ketika mangsa sedang lena tidur.

Memetik Daily Star, mangsa dan dua anaknya telah berpindah bersama bekas suaminya selepas gempa bumi Turkiye meranapkan rumahnya di Samandang, Wilayah Hatay.

Kejadian itu dilaporkan berlaku hanya selepas tiga hari wanita itu berpindah pada 19 Februari lalu. Wanita itu dikatakan terjaga selepas mengalami kesakitan dan mendakwa bekas suaminya itu menyimbah air mendidih di muka dan kepalanya.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut juga sempat memberitahunya bahawa “anda sepatutnya gembira saya tidak membunuh anda”.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Wanita disimbah air panas

Gambar ngeri yang dikongsi mendedahkan keadaan mangsa sedang terbaring di atas katil hospital dengan kepala dan lengannya berbalut.

Difahamkan, ibu berusia 25 tahun itu telah bercerai dengan bekas suaminya sembilan bulan yang lalu.

Dia sempat menceritakan pengalamannya selepas serangan itu sambil berkata: “Pada malam hari ketiga, dia menuangkan seperiuk air mendidih ke atas kepala saya ketika sedang tidur lena.

“Seram, saya bangun. Dia cuma cakap saya patut gembira kerana dia tak bunuh saya,” kata wanita itu.

Bekas suaminya itu telah memujuknya untuk berpindah bersama selepas apartmennya runtuh dalam gempa bumi pada 6 Februari lalu.

“Dia kata kita patut berbaik semula dan tinggal bersamanya. Rumahnya terselamat daripada gempa bumi tersebut,” kata wanita itu kepada media tempatan.

“Rumah baharu kami rosak teruk akibat gempa bumi, jadi saya terpaksa memikirkan tempat tinggal bersama dua anak saya. Pada mulanya, kami pergi ke rumah kakak saya untuk bermalam di sana selama sembilan hari.

“Tetapi kemudian bekas suami saya datang dan mendesak untuk saya tinggal di rumahnya,” tambahnya.

Berikutan serangan itu, ibu muda tersebut telah melarikan diri bersama anak-anaknya yang berusia dua dan empat tahun ke rumah hijau di mana ibunya tinggal.

Ibu wanita itu kemudiannya membawa anak perempuannya ke GP untuk mendapatkan rawatan. Namun GP berkata bahawa dia harus dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan yang teruk.

Tertuduh dilaporkan ditahan ketika dia cuba melarikan diri bersama anak-anak dan wang tunai. Lelaki itu dilaporkan masih dalam tahanan polis dan memberi kenyataan bahawa periuk air mendidih itu “terlepas dari tangannya” semasa gempa susulan.

Sumber: Daily Star

The post Terselamat Dari Gempa, Wanita Ditimpa ‘Bala’ Muka Didakwa Disimbah Air Panas Oleh Bekas Suami appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*