Connect with us

Global

Terungkap! akhirnya ternyata bahawa orang yang mengandungkan Siti bukan “Angin” tetapi bekas suaminya

Pada pertengahan Februari yang lalu, negara jiran dikejutkan dengan pengakuan seorang wanita bernama Siti Zainah yang mendakwa bahawa dia telah dihamilkan oleh “angin”.

Siti mengakui bahawa dia hamil dan selepas satu jam kemudian melahirkan anak setelah angin bertiup ke dalam alat kelaminnya.

Namun, setelah dilakukan penyelidikan oleh pihak berkuasa, Siti sebenarnya bukan dihamilkan oleh angin yang selama ini menjadi ‘mangsa’ fitnah. Sebaliknya, orang yang menghamilkan Siti adalah bekas suaminya sendiri, Muhammad Sofiuloh.


Difahamkan, Siti dan Sofiuloh telah bercerai secara sah dalam syariat agama sejak empat bulan yang lalu. Semasa disoal siasat polis, Sofiuloh akhirnya mengakui bahawa anak yang dikandung oleh Siti adalah anaknya.

Sebelum ini, polis ingin melakukan ujian DNA untuk memastikan dia adalah bapa kepada anak perempuan kelahiran Siti. Setelah Sofiuloh mengaku, ujian DNA terpaksa dibatalkan.

Polis tidak menolak kemungkinan kehamilan itu berlaku sebelum perceraian pasangan itu, dan mungkin Siti pernah menjalin hubungan intim dengan bekas suaminya sebelum bercerai.

Untuk mengesahkan kes itu dan untuk memastikan bahawa tidak ada polemik yang berlaku dalam masyarakat, polis akan segera mengambil sampel DNA dari Sofiuloh untuk dipadankan DNA bayi perempuan Siti.

Langkah itu diambil bagi menangani isu tersebut yang dikhuatiri boleh menyesatkan masyarakat.


lebih-lebih lagi berita tentang kelahiran bayi perempuan berkenaan tanpa proses hubungan badan sudah tersebar luas di merata tempat. – Agensi

 


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags