Tetap makan biarpun kaki dalam banjir

KUALA NERUS – Beberapa kawasan di daerah ini termasuk Gong Badak di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak malam kelmarin.

Begitupun, aktiviti harian penduduk masih berjalan se­perti ­biasa termasuk warung dan kedai makan dibuka seperti biasa.

Pelanggan bukan sahaja tidak kisah dengan keadaan itu, malah dilihat seronok menikmati sarapan di dalam warung yang digenangi air banjir.

Seorang pengusaha warung, Rosli Mohamad berkata, premis makanannya mula dinaiki air sewaktu dia dan pekerja memasak menu jualan pada pukul 6 pagi.

“Biarpun air naik kira-kira 0.2 meter, saya memutuskan untuk meneruskan perniagaan kerana banyak makanan sudah dimasak.

“Beberapa pelanggan tiba seawal pukul 7 pagi seakan te­ruja mahu menikmati sarapan di dalam warung saya yang digenangi air. Mereka mengambil gambar dan video sebelum menularkannya di media sosial,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, kehadiran pelanggan ke Warung Bilal yang diusahakannya kemudian bertambah ramai selepas mereka melihat gambar dan video yang tular itu.

Dia tidak menyangka rezeki berganda walaupun pada mula­nya berasakan banjir kilat yang berlaku sebagai ujian bagi perniagaannya.

“Syukur, ini hikmah daripada ujian Allah. Ramai pelanggan ­beritahu mahu menikmati sarapan dalam air ini seolah-olah berkunjung ke kedai makan berkonsep dalam sungai,” ujar.

Sementara itu, seorang pe­langgan yang ingin dikenali sebagai Damia berkata, dia tidak bimbang menjamu selera di dalam warung yang dinaiki air tersebut.

“Itu cuma air hujan yang bertakung dan jernih. Lagipun, saya dan kebanyakan pelanggan cuma mengambil masa 15 minit menjamu selera di warung ini.

“Bagi saya, ia satu pengalaman menyeronokkan,” katanya.

The post Tetap makan biarpun kaki dalam banjir appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*