Kuala Terengganu: Keputusan seri berdepan kelab Vietnam, Dong A Thanh Hoa FC menyaksikan Terengganu FC (TFC) menempah laluan berliku untuk mengintai peluang ke peringkat separuh akhir saingan Kejuaraan Kelab Asia Tenggara atau Piala Shopee musim pertama itu.
Ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa terutama skuadnya mendahului pelawat 2-0 sebelum terikat 2-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, semalam.
Sementara itu, ketua jurulatih Dong A Thanh Hoa FC, Velizar Popov tabik kemampuan anak buahnya bangkit menyamakan kedudukan biarpun ketinggalan dua jaringan.
Jelas jurulatih kelahiran Bulgaria itu, kebangkitan diperagakan terutama pada penghujung babak pertama dan sepanjang separuh masa kedua menyaksikan pasukannya membawa pulang satu mata selepas terikat 2-2.
sumber: HM
Menurut Popov, pemainnya mempamerkan semangat juang tinggi untuk mengelak daripada tewas biarpun beraksi dalam cuaca hujan bermula pada minit ke-20.