Tiada Kemalangan Jiwa, Ruang Di Jabatan Farmasi HTJ Dilapor Terbakar

Tiada Kemalangan Jiwa, Ruang Di Jabatan Farmasi HTJ Dilapor Terbakar

SEREMBAN- Salah satu ruang di Jabatan Farmasi Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Negeri Sembilan dilaporkan terbakar pada khamis.

Memetik laporan Sinar Harian, suasana panik menyelubungi ketika kejadian tersebut berlaku.

Bagaimanapun, ia tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Harlina Abdul Rashid, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4.05 petang.

“Pasukan keselamatan hospital dan petugas hospital bertindak pantas membantu mengawal kebakaran sementara menunggu ketibaan pihak bomba.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Jalan Rahang berjaya memadamkan api di lokasi kejadian dan tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa membabitkan kakitangan dilaporkan dalam insiden ini,” katanya.

Tambahnya lagi, siasatan lanjut mengenai punca kebakaran sedang dijalankan oleh JBPM.

Sementara itu, Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Hamlan Ishak berkata kejadian itu memusnahkan 20 peratus ruangan di bilik berkenaan, lapor Astro Awani.

“Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan pukul 4.16 petang yang mana kebakaran ini melibatkan sebuah bilik kecil di Jabatan Farmasi HTJ.

“Kira-kira 20 peratus daripada bilik simpanan barang di bahagian farmasi yang berukuran 4 x 20 kaki itu telah terbakar,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Maklumnya lagi, sebanyak dua jentera digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban.

Susulan itu, api berjaya dikawal pada jam 4.31 petang.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 1.21 saat yang memaparkan keadaan ketika kebakaran berlaku.

Menerusi video itu, kakitangan hospital dilihat berkumpul di luar bangunan.

Sumber: Astro Awani Sinar Harian 

The post Tiada Kemalangan Jiwa, Ruang Di Jabatan Farmasi HTJ Dilapor Terbakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*