Tiada Keperluan Tutup Kantin Sekolah Semasa Ramadan – Fadhlina

kantin ramadan

Tiada Keperluan Tutup Kantin Sekolah Semasa Ramadan – Fadhlina

Semua kantin di sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Fadhlina menyifatkan tiada keperluan untuk menutup kantin sekolah pada sepanjang bulan mulia itu.

Ujarnya, tidak wajar untuk memaksa pelajar untuk berpuasa sekiranya mereka melihat rakan-rakan lain melakukan ibadah tersebut.

“Dalam konsep Malaysia Madani, kita hendaklah bersifat inklusif dalam menghormati bulan Ramadan, jadi kita perlu memaklumkan pada anak-anak bahawa Ramadan adalah bulan ibadah.

“Dalam masa yang sama proses untuk memahamkan (murid) yang lain itu juga harus bermula tetapi tidak bermakna mereka harus dipinggirkan dan tidak ada ruang untuk anak-anak makan.

“Jadi untuk ‘non muslim’ (bukan Islam) ini juga perlu diberi ruang untuk mengikuti ibadah ini tapi dalam masa yang sama perlu disokong dan disantuni oleh pihak sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Lawatan Kerja Menteri Pendidikan Sempena Pengoperasian Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) Secara Rintis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di sini, pada Isnin.

Turut hadir bersama dalam lawatan itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

BACA: Syor Sesi Persekolahan Bermula 8 Pagi Bukan Keutamaan KPM Ketika Ini – Fadhlina

Mengulas lanjut Fadhlina berkata kanak-kanak yang tidak terpalit dengan bulan Ramadan berhak disantuni kerana mereka tidak terlibat dengan perkara itu.

“Mereka (murid bukan Islam) adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang melihat anak-anak orang Islam yang lain berpuasa tetapi mereka tidak terlibat dalam pesta ibadah ini, jadi mereka boleh lakukan aktivti mereka seperti biasa,” jelasnya.

Sementara itu, dalam lawatan tersebut Fadhlina turut menjelaskan pelancaran Projek 11 yang dilakukan adalah untuk memberi jaminan pendidikan dalam kalangan Orang Asli.

“Selain itu, projek ini juga bagi menjamin akses pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak Orang Asli.

“Ia juga bagi memastikan persekolahan dan jaminan kepada pendidikan mereka ini terjamin dalam projek-projek khas seperti ini,” tambahnya.

Sumber: Awani

The post Tiada Keperluan Tutup Kantin Sekolah Semasa Ramadan – Fadhlina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*