Tiada Lagi Sisa Radioaktif, Kerajaan Tolak Permohonan Pembaharuan Lesen Dibuat Lynas

tolak lesen Lynas

Tiada Lagi Sisa Radioaktif, Kerajaan Tolak Permohonan Pembaharuan Lesen Dibuat Lynas

Kerajaan Persekutuan telah melarang Lynas Malaysia menjalankan proses yang menghasilkan sisa radioaktif di Malaysia selepas Julai 2023.

Kenyataan tersebut telah disahkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dalam sidang media di Parlimen, kelmarin.

“Kerajaan Perpaduan komited untuk mewujudkan persekitaran mesra perniagaan dan memahami kepentingan industri nadir bumi,” katanya dalam sidang media tersebut.

“Walau bagaimanapun, tidak ada mana-mana pihak yang berhak untuk menghasilkan sisa radioaktif secara berterusan di tanahair kita,” tambahnya.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Jelasnya, sementara mendapatkan lanjutan lesen selama 3 tahun, Lynas perlu mematuhi syarat yang telah dikenakan sejak Mac 2020.

Perkara ini dilakukan supaya aktiviti penghasilan sisa radioaktif akan dijalankan di Australia dan tiada aktiviti cracking and leaching (C&L) dilakukan di Malaysia selepas Julai 2023.

Sejak 2012, Lynas telah menghasilkan 1.08 juta tan metrik sisa radioaktif.

Jumlah sisa ini dijangka akan mencapai 1.2 juta tan metrik menjelang Julai 2023.

Bagaimanapun, aktiviti-aktiviti lain yang tidak melibatkan penghasilan sisa radioaktif dibenarkan untuk terus beroperasi.

Apa itu Lynas Malaysia?

Lynas Malaysia merupakan salah satu kilang memproses nadir bumi (rare earth) terbesar dan paling moden di dunia yang dimiliki oleh syarikat Lynas Corp Australia.

Menurut laman rasmi Lynas Rare Earths, Lynas Malaysia dibangunkan untuk merawat kepekatan Mt Weld dan menghasilkan produk Rare Earth Oxide (REO) berasingan untuk di jual ke Jepun, Eropah, China dan Amerika Utara.

Pembinaan loji ini terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang dan berhampiran dengan pelabuhan laut dalam Kuantan.

Selain itu, loji berkenaan dibina di kawasan seluas 100 hektar yang bersebelahan dengan pengeluar reagen kimia utama yang terkenal dalam kawasan perindustrian.

Difahamkan bahawa ia mempunyai akses kepada tenaga buruh mahir dan intrastruktur yang sangat baik termasuk bekalan air dan elektrik, kimia dan gas.

Pentauliahan Lynas Malaysia bermula sejak akhir tahun 2012, menurut laman rasmi syarikat itu.

Pada masa ini, produk paling bernilai yang dihasilkan di kilang itu ialah praseodymium/neodymium, NdPr.

Lynas juga dikatakan telah mengeluarkan produk Rare Earths pertamanya pada Februari 2013.

Sumber: Lynas Rare Earths, Chang Lih Kang

The post Tiada Lagi Sisa Radioaktif, Kerajaan Tolak Permohonan Pembaharuan Lesen Dibuat Lynas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*