Connect with us

Semasa

Tiada Lagi YouTube Pavithra. lni 5 Fakta Kes Penangkapan Suaminya Sugu Yang Ramai Tak Tahu

Published

on

Tiada Lagi YouTube Pavithra. lni 5 Fakta Kes Penangkapan Suaminya Sugu Yang Ramai Tak Tahu..

Baru saja dipilih menerima gelaran “Ikon Bandaraya Ipoh” dari Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin, hari ini muncul pula berita mengejutkan dari Youtuber sensasi ini.

Dipetik dari The Star, suami kepada S. Pavithra telah ditahan reman selama tiga hari kerana memiliki senjata berbahaya. Berikut beberapa fakta yang kami rangkumkan mengenai berita mengejutkan ini.

Ia bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Majistret Nabihah Mohd Noor membenarkan perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu.

Terdahulu lelaki itu dibawa ke mahkamah dengan menaiki van dalam keadaan bergari dan memakai baju lokap berwarna ungu pada jam 10 pagi.

1 – Dipercayai Mabuk

M.Sugu, 29 yang dipercayai mabuk sambil memegang sabit memasuki salah satu wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

2 – Angkara Perselisihan Faham

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan berkenaan berkaitan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.

3 – Memukul Isteri

Perselisihan itu berlanjutan sehingga suami Pavithra datang ke hospital dalam keadaan marah telah memukul isterinya di pekarangan tempat letak kereta hospital berkenaan.

4 – Pavithra tak sebut nama suami

Berdasarkan sumber berkata, pasangan itu bertengkar di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.

Ia dipercayai selepas mngsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

“Pergaduhan itu berIarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

5 – Pavithra Umumkan Untuk Mengundurkan Diri

via Official Twitter SuguPavithra

Menerusi laman Twitter Sugu Pavithra, beliau mengundur diri dari media sosial untuk sementara waktu dan memberi fokus kepada kehidupan peribadi.

Jururawat Beritahu Apa Dia Nampak

“Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan,” katanya.

Sumber sama berkata, suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Siapa Sugu Pavithra?

Kerana kefasihan komunikasi dalam bahasa melayu ketika berkongsi resipi dan tutorial masakan, Youtuber Pavithra yang menggunakan saluran atas nama Sugu Pavithra ini berjaya mendapat tempat dalam pasaran Melayu.

Kisahnya menjadi sensasi media berikutan kehidupan sederhana yang dipaparkan yang dikatakan ramai sebagai realistik dan tidak dibuat-buat.

Lagi pula, beliau bersama suaminya, Sugu berkongsi pelbagai resipi menarik dalam bahasa Melayu lalu membuktikan walaupun tinggal di kawasan pedalaman Sungai Siput, Perak, tidak menjadi halangan untuk bergelar salah satu daripada saluran Youtube masakan paling berpengaruh masa kini.

Kredit tsgt

Advertisement

Tags

Archives

Trending