Connect with us

Semasa

Tiada Permohonan Yang Perlu Dibuat Untuk Mendapatkan Bantuan BPN 2.0 – PM

Published

on

Tiada Permohonan Yang Perlu Dibuat Untuk Mendapatkan Bantuan BPN 2.0 – PM 1

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa tiada permohonan yang perlu dibuat bagi mendapatkan bantuan BPN 2.0.

Menerusi Perutusan Khas Kita Prihatin yang dilakukan sebentar tadi, beliau menyatakan bahawa kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Selain dari itu juga, kepada penerima yang layak namun tidak menerima BPN sebelum ini, kerajaan akan memberi peluang untuk mereka membuat rayuan serta permohonan yang baru.

“Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu,” ujarnya.

Belai juga turut berharap agar bantuan tambahan yang disalurkan kerajaan ini dapat meringankan serba sedikit beban yang sedang ditanggung rakyat pada ketika ini.

“Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga,” katanya.

Sumber: Bernama TV

Please Like: Ceritakini

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV


Tags

Trending