Connect with us

Selebriti

“Tidak adil gelar saya Objek Nafsu” – Elizabeth Tan

Akhir-akhir ini, setiap kali penyanyi Elizabeth Tan memuat naik foto di Instagram, pasti ada komen nakal dan berbaur lucah dari netizen lelaki.

Walaupun hanya gurauan, itu membuat netizen lain merasa tidak senang dan bahkan seorang pendakwah bebas juga mengkritik sikap segelintir lelaki Muslim yang meninggalkan komen lucah.

Menolak dakwaan kerap memuat naik gambar seksi sehingga mengundang komen lucah, Elizabeth mengatakan dia tiada hak untuk mengawal komen di Instagramnya.


“Saya tiada hak untuk mengawal atau menghukum komen yang dibuat terhadap gambar yang dimuat naik.

“Kalau betul gambar saya lucah, sudah lama akaun media sosial saya kena sekat sebab paraturan Instagram atau Facebook memang tiada ruang untuk kandungan lucah,” katanya.

Sementara itu, Elizabeth mengatakan bahawa dia tiada hak untuk mengawal lelaki yang melihatnya sebagai simbol seks dan merasa tidak adil ‘dihukum’ seperti itu.

“Siapa gelarkan saya sebagai simbol seks? Kenapa saya tak dilihat sebagai individu yang memperkasakan kaum wanita. Di mana saya boleh buat apa apa yang saya pilih dengan badan saya sendiri?

“Kalau orang lain yang berfikiran sedemikian, adakah itu salah saya? Saya berasa tak adil apabila pihak lelaki yang selalu menetapkan apa yang ‘elok’ atau ‘tak el0k’ secara subjektif dengan nilai yang tak k0nsisten,” katanya.

Mengulas pernyataan pendakwah bebas mengenai ‘posting‘ yang dikatakan mengundang komen tidak senonoh, Elizabeth mengatakan video yang dia kongsi tidak keterlaluan.

@elizabethtsm

#wipeitdownchallenge

♬ original sound – Elizabeth Tan – Elizabeth Tan

“Apa yang keterlaluan? Dalam video tersebut, saya memakai baju lengan panjang, seluar panjang, tidak menunjukkan apa-apa, hanya menunjukkan aksi yang saya rasa lucu dan tidak boleh dilakukan oleh semua orang.

“Sekiranya kandungan saya keterlaluan untuk sesiapa, mungkin saya boleh memberi nasihat untuk tidak mengikuti atau menyekat akaun saya. Saya merasakan tidak adil menggelarkan saya sebagai ‘objek nafsu’,” katanya.


 

Sumber : Rotikaya


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags