tidak rela ‘berputih mata’ lagi

KUALA TERENGGANU: Kekalahan kepada Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di tempat sendiri pada musim lalu masih lagi berbekas buat pemain Terengganu FC (TFC).

Justeru anak buah jurulatih Tomislav Steinbruckner tekad untuk membalas dendam apabila dua pasukan tetangga itu bakal bertembung dalam saingan liga di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam esok.

Pada aksi pusingan pertama Liga Super musim lalu, bekas penyerang import TFC, Kpah Sherman dan pemain tengah, Nor Azam Azih membuatkan skuad Penyu ‘menangis’ di laman sendiri selepas masing-masing menjaringkan gol untuk membantu skuad Tok Gajah melakar kemenangan 2-1.

Pertahanan muda TFC, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili berkata, pasukannya tidak rela ‘berputih mata’ lagi biarpun sedar bukan mudah untuk menundukkan skuad kendalian legenda Singapura, Fandi Ahmad itu.

Bagaimanapun jelas pemain berusia 21 tahun itu, kemenangan 2-0 ketika menumpaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) minggu lalu mampu menyuntik semangat dia dan rakan sepasukan untuk meneruskan momentum kemenangan itu.

“Jika saya diberikan kepercayaan membarisi skuad sebagaimana ketika menentang KL City Sabtu lalu, saya akan memberikan segala-galanya buat pasukan.

sumber: BH

“Pada masa sama sebagai pemain pertahanan, saya akan lebih berjaga-jaga bagi mengelak pintu gol dibolosi selain dilayangkan kad merah,” katanya ketika dihubungi.