‘Tidak sangka saya bermadu dengan adik sendiri’

KENDARI: Seorang isteri anggota polis tidak menyangka bahtera perkahwinan yang dibinanya bersama suami tersayang selama 17 tahun berakhir selepas lelaki itu curang dengan mengahwini adiknya sendiri.

Wanita yang dikenali sebagai Tiwi itu memberitahu dalam satu program bual bicara yang disiarkan dalam YouTube, suami dan adiknya sudah lama menjalin hubungan cinta sehingga berkahwin secara rahsia dan dia hanya mengetahui perihal berkenaan, baru-baru ini.

“Saya dan suami dikurniakan tiga anak sepanjang 17 tahun kami berkahwin, namun pada Mac 2021, suami meminta izin untuk berpoligami dan saya membantahnya.

“Tidak lama kemudian, suami maklumkan dia sudah berkahwin lagi, namun tidak beritahu siapa isteri baharunya.

“Sehinggalah baru-baru ini, akhirnya saya dapat tahu bahawa isteri kedua suami saya adalah adik saya sendiri,” ujar Tiwi.

Sehubungan itu, Tiwi menyatakan dia mahu menuntut cerai daripada suaminya kerana berasa ditipu dan dikhianati.

Selain itu, wanita tersebut juga membuat aduan kepada jabatan etika polis berhubung suaminya yang bernikah secara senyap-senyap.

The post ‘Tidak sangka saya bermadu dengan adik sendiri’ appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*