PEMAIN import Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes menyeru rakan-rakan sepasukan agar tidak memandang rendah pasukan Selangor FC dalam usaha meraih gelaran hatrik Piala FA pada aksi final malam esok.
Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan yang melakar kejayaan ‘double quadruple’ merupakan juara bertahan bagi trofi berprestij itu selepas mendominasi sejak edisi 2022.
Menurut Heberty, pasukan kini berada dalam motivasi terbaik dengan mentaliti positif menjadi sandaran bagi memastikan impian untuk melakar kejuaraan dapat direalisasikan.
“Setiap perlawanan adalah sukar dan mentaliti pasukan juga berbeza kerana kita sentiasa bekerja keras untuk mengatasi keupayaan sepanjang sesi latihan.
“Misi pasukan adalah jelas yang mana sasaran kami adalah untuk bergelar juara pada final kali ini.
“Satu lagi perlawanan akhir yang akan kita harungi dan kali ini kita akan beraksi di Lembah Klang dan pastinya ia menjadikan cabaran sengit,” katanya.
sumber: kosmo
Sementara itu, pemain kelahiran Brazil mengakui terdesak untuk diserapkan dalam kesebelasan utama selepas tidak sempat mewakili JDT pada final Piala FA tahun lalu kerana baru berhijrah dari Bangkok United.
“Saya sangat gembira dapat membantu pasukan mara ke final dan harap (perlawanan final nanti) dapat meneruskan momentum pada aksi getir nanti,” kata pemain berusia 36 tahun itu.