Tidak sengaja tetak ibu bapa selepas tidak dapat wang untuk menikah

ACEH – Seorang penjual ayam dikenali sebagai Abdullah yang merupakan penduduk di Gampong Lampoeh Krueng, Aceh tidak sengaja menetak ibu bapanya selepas pemintaan untuk diberikan wang bagi urusan pernikahan tidak dipenuhi mereka, lapor agensi berita ANTARA semalam.

Pegawai polis Kota Sigli, Benny Eka Permana berkata, kejadian bermula ketika lelaki berusia 32 tahun itu meminta wang sebanyak 5 juta rupiah (RM1,423) untuk urusan pernikahannya malam kelmarin.

Bagaimanapun, permintaan itu tidak dapat dipenuhi oleh ibu Abdullah, menyebabkan dia berasa kecewa dan ketika bersama adik lelakinya, dia cuba menghayunkan sebilah parang ke arah saudara kandungnya itu. 

Namun, parang itu tidak mengenai adiknya. Ia sebaliknya mengenai ibu dan bapa Abdullah dengan mangsa mengalami kecederaan.  

Ketika polis tiba di tempat kejadian, si pelaku masih berdiam diri di rumah dengan memegang sebilah parang menyebabkan pihak berkuasa memintanya untuk menyerah diri.

Namun, dia enggan berbuat demikian dan atas permintaan keluarganya, pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata, kata Permana.

Tambahnya, Abdullah kemudian mematikan lampu di dalam rumah dan melarikan diri ke dalam belukar melalui pintu belakang manakala usaha untuk mengesannya gagal. – Agensi

The post Tidak sengaja tetak ibu bapa selepas tidak dapat wang untuk menikah appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*