Tiga Individu Ditahan Dipercayai Dera, Rogol Budak 7 Tahun

individu rogol budak

Tiga Individu Ditahan Dipercayai Dera, Rogol Budak 7 Tahun

IPOH, 18 April (Bernama) — Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita semalam kerana dipercayai terlibat dengan kes merogol dan mendera seorang kanak-kanak perempuan di Manjung.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung DSP Chong Boo Kim berkata seorang lelaki membawa kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu ke sebuah balai polis di Manjung pada 11.50 pagi semalam, selepas menjumpai kanak-kanak itu di tepi jalan dalam keadaan tidak terurus dan kusut.

“Pihak polis menghantar mangsa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan dipercayai mangsa telah dirogol dan didera serta terdapat kesan kecederaan lama dan baharu.

“Sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung menahan kesemua suspek berusia lingkungan 26 hingga 40 tahun itu di pekarangan sebuah balai polis pada 9.30 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Choong berkata kesemua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau direman hingga 23 April bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak.

BACA: Wanita Didakwa Curi Kad Debit Ibu Saudara Untuk Beli iPhone Mengaku Tidak Bersalah

Buruh dipenjara 56 bulan culik ejen kosmetik

Kredit: BERNAMA

Sebelum ini, media melaporkan seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 56 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menculik ejen jualan kosmetik wanita, tahun lepas.

Tertuduh 27 tahun, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menculik Rosnazirah Mohd Naim, 37, di Kampung Semat Jal Palekbang, Tumpat pada 5.10 petang 13 Sept tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Itah Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya memohon agar mahkamah mengurangkan tempoh penjara yang dihadapinya.

Sementara itu, Hajarul Falenna meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana mengambil kira kesalahan berat iaitu menculik yang dilakukan  tertuduh, selain mengambil kira kepentingan awam dan keselamatan mangsa terlibat.

Sumber: BERNAMA

The post Tiga Individu Ditahan Dipercayai Dera, Rogol Budak 7 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*