Tiga Lelaki Dilapor Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM80,787

Tiga Suspek Direman

Tiga Lelaki Dilapor Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM80,787

JOHOR BAHRU UTARA — Dalam dua serbuan yang dilakukan oleh Polis Daerah Johor Bahru Utara semalam, pihaknya berjaya menahan tiga orang lelaki warga tempatan bersama dadah jenis Heroin dan Syabu bernilai RM 80,787.00 di sekitar kawasan Kempas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superitenden Fariz Ammar Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek berumur lingkungan 32 hingga 43.

Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methaphetamin dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan narkotik dan jenayah.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis turut merampas sejumlah serbuk putih dipercayai dadah jenis Heroin seberat 2215.90 gram dan Syabu seberat 143.75 gram.

“Turut dirampas dan disita adalah kereta jenis Volkswagen Polo, sebuah motosikal jenis Yamaha Y16 dan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego LC serta wang tunai bernilai RM 500.00,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Fariz, hasil keseluruhan rampasan tersebut adalah bernilai RM 80,787.00. Manakala keseluruhan harta yang disita termasuk wang tunai bernilai RM 46,300.00.

Susulan itu, Mahkamah Majistret Johor Bahru telah membenarkan permohonan reman ke atas semua suspek dibuat selama tujuh hari sehingga 10 Januari 2023.

Kes itu disiasat mengikut Sekysen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan.

“Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah agar menyalurkan maklumat berkaitan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara ditalian 07-5563122.

Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Utara

The post Tiga Lelaki Dilapor Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM80,787 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*