Tiga Lelaki Ditahan Curi Wang Dalam Beg Di Lapangan Terbang

Tiga Lelaki Ditahan Curi Wang

Tiga Lelaki Ditahan Curi Wang Dalam Beg Di Lapangan Terbang

BANGKOK —  Polis Thailand dilaporkan telah menahan tiga lelaki warganegara Mongolia dipercayai mencuri wang dari beg pelancong di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand.

Memetik Bangkok Post, Pengarah Lapangan Terbang, Kittipong Kittikachorn berkata, ketiga-tiga suspek berumur lingkungan 37 tahun hingga 51 tahun.

Tambah Kittipong, kegiatan tersebut berjaya dihidu pihak berkuasa di Tingkat B lapangan terbang itu pada 24 Mac lalu.

Hal ini susulan pihaknya menerima aduan daripada dua pelancong dari Jepun, seorang wanita Thailand, dan seorang lelaki warganegara Kanada berhubung kehilangan dompet dan wang tunai.

Lebih-lebih lagi, kejadian itu berlaku secara berasingan antara Rabu dan Khamis lalu.

Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membawa kepada kelibat tiga lelaki dari Mongolia yang berkomplot bersama dua wanita di lapangan itu.

Tambahan lagi, sesetengah mangsa baru sahaja membuat pertukaran mata wang asing.

Tiga Lelaki Ditahan Curi Wang

“Difahamkan, mangsa akan dikelilingi tiga lelaki itu, manakala dua wanita lagi menggunakan kain bagi menghalang pandangan mangsa terhadap barangan mereka.

“Kemudian mereka akan mencuri wang ringgit dari beg mangsa,” maklum Kittipong lagi.

Jelasnya, dalam beberapa kes yang lain, suspek melakukan jenayah tersebut sewaktu mangsa berada di dalam lif.

BACA JUGA: Tiga Tahun Tahan Rindu, Lelaki Menyamar Jadi “Runner” Buat Kejutan Untuk Mak Ayah

Terdahulu, seorang wanita berjaya menjejaki semula Airpods miliknya selepas dicuri oleh pekerja lapangan terbang, lapor CNN.

Kejadian itu berlaku sewaktu mangsa menaiki pesawat United Airlines dan dalam perjalanan pulang dari Tokyo.

Bagaimanapun, setelah tiba di Lapangan Terbang San Francisco (SFO), dia menyedari peranti tersebut telah hilang dari dalam poket jaketnya yang tertinggal di dalam pesawat.

Susulan itu, dia telah melaporkan perkara tersebut kepada syarikat penerbangan berkenaan. Bagaimanapun, AirPods bernilai lebih RM1,100 ($250) itu tidak ditemui oleh syarikat penerbangan di tempat duduknya.

“Saya sedar bahawa saya merupakan orang ketiga terakhir yang turun dari pesawat itu. Selepas menyedari perkara itu, saya meminta kebenaran kepada pramugari untuk mengambilnya.

“Tetapi, dia tidak membenarkannya dan saya perlu mengikuti undang-undang persekutuan,” katanya.

Bagaimanapun, setelah hampir dua minggu, wanita berkenaan menemui semula Airpods tersebut di sebuah rumah pekerja lapangan terbang terbabit.

Sumber: Bangkok Post

The post Tiga Lelaki Ditahan Curi Wang Dalam Beg Di Lapangan Terbang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*