Tiga Muka Baharu Angkat Sumpah Exco Melaka, Dua Digugurkan

Angkat Sumpah EXCO Melaka

Tiga Muka Baharu Angkat Sumpah Exco Melaka, Dua Digugurkan

MELAKA, 5 April (Bernama) — Tiga muka baharu termasuk seorang daripada Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan Melaka, hari ini, manakala dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada barisan Exco sebelum ini, digugurkan.

ADUN Kesidang Seah Shoo Chin yang menjadi wakil tunggal PH dan dilantik sebagai Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, merupakan antara 10 barisan Exco negeri yang mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dalam istiadat bermula 8 pagi tadi.

Dua lagi muka baharu ialah ADUN Asahan Fairul Nizam Roslan yang dilantik sebagai Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital; dan ADUN Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer sebagai Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.

Sementara itu, dua ADUN yang digugurkan ialah ADUN Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis yang sebelum ini memegang portfolio Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan serta ADUN Serkam Datuk Zaidi Attan yang menjawat jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang memegang portfolio Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Teknikal dan Vokasional (TVET), mengangkat sumpah Jumaat lalu.

Ab Rauf dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 susulan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri ke-12, pada Rabu lepas.

BACA JUGA: Melaka Mungkin Bentuk Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Selain tiga muka baharu itu, ADUN lain yang mengangkat sumpah hari ini ialah ADUN Paya Rumput Datuk Rais Yasin sebagai Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; dan ADUN Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman sebagai Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya.

Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan; ADUN Pengkalan Batu Datuk Kalsom Nordin (Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti) dan ADUN Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman (Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama).

Sementara ADUN Machap Jaya Ngwe Hee Sem dilantik sebagai Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan serta ADUN Gadek VP Shanmugam, sebagai Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Sumber: BERNAMA

The post Tiga Muka Baharu Angkat Sumpah Exco Melaka, Dua Digugurkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*