Tiga Sekeluarga Maut Disyaki Keracunan Makanan, Anak Lima Tahun Selamat

Tiga Sekeluarga Maut Disyaki Keracunan Makanan

Tiga Sekeluarga Maut Disyaki Keracunan Makanan, Anak Lima Tahun Selamat

JAWA BARAT — Lima sekeluarga dipercayai keracunan makanan selepas tiga daripada mereka maut manakala hanya dua orang yang terselamat di Desa Ciketing Udik, RT 02 RW 03, Kecamatan Bantargebang pada Khamis lalu.

Memetik Tribunnews, difahamkan salah seorang mangsa yang terselamat merupakan kanak-kanak berusia lima tahun selepas ditemui dalam keadaan sedar dan tidak mempunyai sebarang tanda-tanda keracunan.

Kejadian itu disedari oleh penduduk kampung apabila empat daripada mangsa ditemui dalam keadaan berbuih pada bahagian mulut.

Ketua Perhubungan Awam Hospital Bantargebang Kota Bekasi, Sandy Romadoni berkata kesemua mangsa telah dibawa ke hospital sebelum dipindahkan.

“Sehingga kini, tiga orang telah meninggal dunia akibat keracunan. Pada jam 1 petang, ketiga-tiga mayat telah dibawa ke Hospital Polri bersama pihak polis.

Tambahnya, hanya seorang pesakit dewasa dan seorang kanak-kanak yang masih menerima rawatan di Hospital Bantargebang.

“Keadaan mangsa semakin bertambah baik, namun masih tidak sedar sepenuhnya,” katanya lagi.

Menurut portal berita itu, keluarga terbabit baru sahaja menetap di rumah kawasan tersebut sejak dua minggu lalu.

Sementara itu, jiran mangsa yang berumur 60 tahun menjelaskan bahawa kanak-kanak tersebut mengalami trauma akibat kejadian yang menimpa keluarganya.

“Anak bongsu itu cuma takut untuk membuang air besar di lokasi kejadian,” katanya yang dipetik  dari TribunJakarta.com.

Ketua Polis Daerah Bantargebang, Kota Bekasi, Kompol Samsono berkata sehingga kini pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca kejadian dan siasatan masih dijalankan.

Berdasarkan hasil analisis awal, pihak berkuasa mengesyaki keluarga terbabit keracunan makanan.

Sehubungan itu, sebanyak 12 sampel makanan dan minuman di dalam rumah itu telah diambil untuk pemeriksaan lanjut dilakukan di makmal.

Sumber: Tribunnews.com

The post Tiga Sekeluarga Maut Disyaki Keracunan Makanan, Anak Lima Tahun Selamat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*