Tiga Sungai Rekod Paras Bahaya Di Johor Malam Ini

Tiga sungai rekod paras bahaya di Johor malam ini

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) — Tiga stesen yang merekodkan data aras sungai di Johor mencatatkan tiga sungai telah melebihi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 8 malam ini sementara empat lagi merekodkan aras amaran.

Menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga stesen tersebut ialah Sungai Gemas di Kampung Lubok Kepong, Segamat dengan bacaan 19.09 meter (m), Stesen Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat (6.76m) dan Stesen Sungai Segamat di Segamat Kechil (38.70m).

Stesen yang mencatatkan paras air pada tahap amaran di Johor ialah Stesen Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dengan bacaan 14.83m,  Kampung Parit Tengah, Muar (3.17m), Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai (17.82m) dan Stesen Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.79m).

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

JPS memaklumkan tiga lagi stesen masing-masing satu di Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan mencatatkan status kategori amaran.

Di Sarawak, Stesen Kuala Balingian di Mukah mencatatkan bacaan 1.37m manakala Stesen Sungai Pukin di Rompin dengan catatan 44.68m.

Sementara di Negeri Sembilan, paras air di Stesen Sungai Gemas di Kampung Tiong, Tampin juga dalam kategori amaran dengan bacaan 21.51m.

Sumber: BERNAMA

The post Tiga Sungai Rekod Paras Bahaya Di Johor Malam Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*