TikTok Tetapkan Had Masa Skrin Bagi Pengguna Bawah 18 Tahun

tiktok had skrin masa

TikTok Tetapkan Had Masa Skrin Bagi pengguna Bawah 18 Tahun

Syarikat Gergasi Penstriman Video, TikTok semalam memaklumkan bahawa bakal menetapkan satu jam skrin ‘lalai’ terhadap pengguna bawah 18 tahun mereka.

Memetik CNN, ia merupakan langkah agresif yang dilakukan oleh syarikat itu bagi mengehadkan golongan remaja dalam penggunaan TikTok tanpa henti.

Tambah syarikat berkenaan, ia bagi meningkatkan tahap kesejahteraan digital terhadap pengguna yang lebih muda.

“Jika had 60 minit telah tamat, pengguna perlu memasukkan kod laluan. Ia memerlukan pengguna membuat keputusan untuk melanjutkan waktu melayari aplikasi TikTok,” maklum syarikat itu.

Keputusan itu dibuat selepas TikTok dan platform media sosial lain menjalankan penelitian bertahun-tahun terhadap kesan kepada pengguna bawah 18 tahun. Ia termasuk perkara yang membawa mereka ke arah yang ‘negatif’.

Tambahan lagi, syarikat penstriman video milik Bytedance itu turut berdepan kekangan dari Washington berhubung isu keselamatan. Ia termasuk risiko larangan TikTok di Amerika Syarikat.

BACA JUGA: Miliki 4.5 Juta “Followers”, Ini Kucing Paling Terkenal Di Dunia

Difahamkan, inisiatif itu bakal dilancarkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Ketua Amanah dan Keselamatan TikTok, Cormac Keenan berkata syarikat itu telah mengadakan rundingan dengan pakar dan penyelidik dari Makmal Kesejahteraan Digital di Hospital Kanak-kanak Boston. Dalam rundingan tersebut. TikTok memutuskan had masa skrin penggunaan TikTok terhadap pengguna remaja.

“Walaupun tidak ada data yang disokong secara kolektif berhubung berapa lama masa dihabiskan untuk TikTok. Kami menyedari bahawa remaja biasanya memerlukan sokongan ketika mereka mula melayari dunia dalam talian,” maklumnya.

Tambah Keenan, jika golongan remaja ini bertindak mematikan fungsi tersebut dan menggunakan aplikasi itu melebihi 100 minit. Mereka akan dipaksa untuk menetapkan had masa skrin harian.

“Dalam bulan pertama ujian, pendekatan ini meningkatkan pengurusan waktu skrin sebanyak 234 peratus,” kata Keenan lagi.

Jelas jawatankuasa TikTok tersebut, beberapa kemaskini juga dilakukan seperti ciri Family Pairing. Ciri ini membolehkan ibu bapa atau penjaga memantau akaun TikTok mereka.

Selain itu, ibu bapa juga dapat menapis video atau perkataan yang tidak diinginkan pada suapan akaun anak mereka. Bukan sahaja itu, had skrin masa juga boleh ditetapkan mereka yang melakukan pautan akaun.

Syarikat media sosial seperti Instagram dan Snapchat juga sedang melancarkan kawalan dan ciri tambahan ibu bapa ini bagi mengawal waktu pengunaan media sosial.

Sumber: CNN

The post TikTok Tetapkan Had Masa Skrin Bagi Pengguna Bawah 18 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*