Tragedi Sambutan Tahun Baharu, Sembilan Dilapor Maut Dalam Insiden Rempuhan Di Uganda

Sembilan Maut Dalam Insiden Rempuhan

Tragedi Sambutan Tahun Baharu, Sembilan Dilapor Maut Dalam Insiden Rempuhan Di Uganda

KAMPALA — Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan maut dalam rempuhan yang berlaku di sebuah pusat beli-belah Freedom City sempena sambutan awal tahun baru di ibu negara Uganda hari ini, lapor pihak polis.

Memetik AFP, difahamkan kejadian itu berlaku selepas pertunjukan bunga api diadakan di pusat beli-belah tersebut.

Jurucakap Polis, Luke Owoyesigyire berkata rempuhan yang berlaku mengakibatkan lima orang dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan beberapa orang lagi dilaporkan cedera.

“Susulan kejadian itu, petugas kecemasan tiba di lokasi kejadian dan membawa individu yang cedera untuk dikejarkan ke hospital. Namun, seramai sembilan orang telah disahkan meninggal dunia dalam insiden tersebut,” katanya.

Tambah Owoyesigyire, beliau enggan memberikan sebarang maklumat lanjut berhubung kejadian itu dan menyifatkan kecuaian yang mengundang insiden itu berlaku.

Untuk makluman, sambutan tahun baru pada 2023 merupakan pertama kali disambut di negara Afrika Timur itu dalam tempoh tiga tahun selepas dikaitkan dengan pandemik COVID-19 dan isu keselamatan.

Sumber: AFP

The post Tragedi Sambutan Tahun Baharu, Sembilan Dilapor Maut Dalam Insiden Rempuhan Di Uganda appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*