Treler Terbabas & Langgar Konkrit Penghadang Jalan, Kelindan Dilapor Maut

Kelindan Maut Manakala Pemandu Treler Cedera

Treler Terbabas & Langgar Konkrit Penghadang Jalan, Kelindan Dilapor Maut

BENTONG —  Seorang kelindan dilaporkan maut manakala pemandu treler cedera dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori treler selepas terbabas dan melanggar konkrit penghadang jalan di selekoh Kilometer 43 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 4,20 petang itu, mangsa yang maut merupakan warga tempatan berusia 69 tahun manakala pemandu treler juga warga tempatan berumur 59 tahun

Ketua P0lis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata hasil siasatan pihak polis mendapati lori berkenaan mengalami kegagalan brek sewaktu menuruni bukit di kawasan tinggi sebelum terbabas melanggar konkrit penghadang jalan di lokasi kejadian.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu lori mengalami kecederaan patah tangan kiri manakala kelindan telah mengalami kecederaan parah dibahagian kepala dan tangan lalu dihantar ke Hospital Bentong menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambah Zaiham, beliau memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Pihak Polis juga menasihatkan semua pengguna jalan raya khususnya kenderaan berat agar sentiasa memandu secara berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik dan selamat,” jelasnya.

Sumber: Polis Bentong

The post Treler Terbabas & Langgar Konkrit Penghadang Jalan, Kelindan Dilapor Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*