Tukang masak maut, polis siasat kandungan bahan letupan

Tukang masak

Tukang masak

SHAH ALAM: Siasatan terhadap kandungan bahan letupan yang menyebabkan seorang tukang masak maut dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah, masih dijalankan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, Polis Selangor masih menunggu laporan forensik berhubung kandungan bahan letupan tersebut dan siasatan dijalankan dari semua aspek berhubung kes berkenaan.

“Itu tidak pasti lagi daripada kita masih menjalankan siasatan. Berhubung kandungan letupan, belum dapat apa-apa lagi dan masih menunggu laporan forensik,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Jelas beliau, pihaknya juga masih mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

Ketika ditanya sama ada bahan letupan itu adalah buatan sendiri seperti tular di media sosial, Sasikala menegaskan perkara itu juga masih dalam siasatan polis.

Terdahulu tular media sosial berhubung bahan letupan yang dikaitkan dengan teknik atau kaedah klasik pembunuhan jarak jauh yang biasanya menggunakan pressure plate

Seorang tukang masak dilaporkan meninggal dunia akibat parah di bahagian badan dan tangan selepas memegang bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet sebuah kereta yang meletup berhampiran sebuah restoran di Pandan Indah, malam tadi. – UTUSAN

The post Tukang masak maut, polis siasat kandungan bahan letupan appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*