Tular Di TikTok, Ini Rupanya Pemilik Suara Asal ‘Gorgon’

Ini Rupanya pemilik suara asal 'Gorgon'

Tular Di Tiktok, Ini Rupanya Pemilik Suara Asal ‘Gorgon’

Sebut sahaja tentang ‘Gorgon’ sudah pasti pengguna media sosial lebih-lebih lagi Tiktok sedia maklum tentangnya. Malah, ia bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka.

Buka sahaja TikTok anda akan diperdengarkan dengan ayat seperti “Besarnya Gorgon” atau “Hey Gorgon, sebenarnya kamu ini apa?“.

Bagaimanapun, ia telah menjadi tular dan diguna oleh ramai orang untuk membuat kandungan TikTok harian mereka. Hal ini kerana lontaran nada suara yang menggambarkan gorgon adalah berbeza daripada yang lain.

Baru-baru ini telah tular perkongsian daripada @saipu_baharin apabila dia menggunakan nada suara ‘Gorgon’ yang dikatakan serupa dengan pemilik suara asal ‘gorgon’.

Tidak sama seperti video lain, perkongsiannya berkisarkan tentang tentang seekor anak buaya yang disebutnya ‘anak gorgon’ dikatakan berjaya ditangkap oleh nelayan tempatan.

@saipu_baharin

♬ bunyi asal – saipu_baharin – saipu_baharin

 

Perkongsian itu berjaya mendapat 251,000 jumlah tontonan, 25,500 tanda suka dan 868 komen yang ditinggalkan di ruangan komen (setakat artikel ditulis).

Tidak dinafikan, bahawa suara tersebut serupa dengan gorgon (suara asal), malah dia menggunakan nada yang sama sahaja sepanjang 1.52 saat (durasi video).

BACA JUGA: Jimin & J-Hope BTS Derma RM700,000 Untuk Kanak-Kanak Mangsa Gempa Bumi Turkiye-Syria

Dengan menggunakan nada tersebut, dia berkongsi tentang penangkapan anak buaya oleh para nelayan yang ingin diserahkan kepada pihak berkuasa.

Hal ini adalah bertujuan untuk mengurangkan populasi buaya tersebut di sungai itu.

Malah, menurut Saipu anak buaya yang dikenali sebagai buaya tembaga itu dianggarkan berumur tiga atau empat tahun berdasarkan saiz dan beratnya..

Dalam perkongsian yang sama, Saipu juga mendedahkan cara untuk memegang anak buaya tersebut. Anda perlu pegang kepala dan ekornya.

Tetapi pastikan anda pegang dengan cara yang kuat seperti mencengkam, hal ini kerana kita tahu haiwan berbahaya seperti buaya mempunyai tahap kekuatan yang boleh menandingi manusia walaupun hanya seusia itu.

Malah, kebanyakan aktiviti harian yang dikongsikannya di TikTok memang menggunakan suara tersebut.

“Alhamdulillah dah boleh tidur malam. Lama mencari pemilik suara gorgon”

Berdasarkan video tersebut, rata-rata memuji suaranya seperti suara tayangan “National Geographic” yang ditukarkan kepada Bahasa Melayu.

Berikut antara komen yang ditinggalkan:

Kredit: @saipi_baharin | Tiktok
Ini Rupanya pemilik suara asal 'Gorgon'
Kredit: @saipi_baharin | Tiktok

Sumber: @saipu_baharin | Tiktok

The post Tular Di TikTok, Ini Rupanya Pemilik Suara Asal ‘Gorgon’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*