Tular Kemalangan ‘Dahsyat’ Di Jambatan Kedua Pulau Pinang, Cetus Kesesakan Teruk

kemalangan jambatan kedua pulau pinang

Tular Kemalangan ‘Dahsyat’ Di Jambatan Kedua Pulau Pinang, Cetus Kesesakan Teruk

Jambatan Kedua Pulau Pinang dilaporkan mengalami kesesakan teruk berikutan kemalangan yang membabitkan sebuah treler dan kereta pada hari ini.

Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku di Km 18.0 arah Barat, dari Batu Kawan ke Batu Maung, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dekat Georgetown, Pulau Pinang.

Difahamkan, sebuah treler telah terbabas ke atas pembahagi jalan yang berada di sempadan pulau tersebut. Hal ini menyebabkan bahagian pemandu dan muatan dibelakangnya terpisah sehingga menghalang laluan lintas.

Beberapa klip pendek yang tular di media sosial menunjukkan keadaan jalan tersebut dihalang oleh serpihan bahagian lori.

Manakala, sebuah kereta yang turut terlibat dalam kemalangan ini mengalami kerosakan teruk pada bahagian belakang serta bahagian hadapan pada belah kanan.

Menurut Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), kemalangan dahsyat itu telah menyebabkan kedua-dua lorong pada bahagian kiri dan kanan ditutup.

Penutupan kedua-dua lorong ini adalah untuk mengalihkan serpihan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dari laluan orang ramai.

Oleh sebab itu, hanya lorong kecemasan dibuka seperti yang dilaporkan setakat pukul 12.30 tengah hari tadi.

Pembukaan satu lorong ini memyebabkan kesesakan trafik sehingga menjangkau 1,5 kilometer (km) kepada lokasi kejadian.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut yang dikeluarkan daripada pihak berkuasa seperti PDRM mahupun Jabatan Bomba dan Penyelamat berhubung insiden itu dengan lebih lanjut.

Selepas beberapa jam, pihak LLM telah mengemaskini operasi pengalihan serpihan kenderaan tersebut di laman Twitter rasminya (@llmtrafik)

Pihaknya berkata, lori yang terlibat dalam kemalangan itu telah berjaya dialih ke lorong kecemasan. Sehubungan itu, lorong kanan dan kiri telah dibuka seperti biasa kira-kira 2.40 tengah hari tadi.

“2.40pm : Status terkini, lori terlibat telah dialih ke lorong kecemasan. Lorong kiri dan kanan telah dibuka kepada trafik.”

Lori Bawa Kereta Kemalangan, Lebuhraya PLUS Seremban-Port Dickson Sesak

Terdahulu, sebuah kemalangan melibatkan beberapa kereta dan treler pembawa kereta telah mengakibatkan kesesakan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Seremban ke Port Dickson, menghala Selatan pada 4 Mei lalu.

Kemalangan yang melibatkan sebuah treler pembawa kereta menyebabkan beberapa kereta baharu daripada bahagian belakang turut terpelanting di atas jalan raya.

Keadaan tersebut menyebabkan keseluruhan lorong kanan terhalang, manakala menutup sebahagian daripada laluan tengah.

Dengan hanya satu lorong yang dapat berfungsi dengan baik, kesesakan trafik luar biasa dicatatkan sehingga mencecah 10 KM pada arah selatan.

BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Sumber: @llmtrafik via Twitter

The post Tular Kemalangan ‘Dahsyat’ Di Jambatan Kedua Pulau Pinang, Cetus Kesesakan Teruk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*