Tular Rakaman Didakwa Ketika Gempa Bumi Terbaru Di Turkiye

rakaman gempa turkiye

Tular Rakaman Didakwa Ketika Gempa Bumi Terbaru Di Turkiye

Sebuah kamera papan pemuka (dashcam) dari sebuah kereta di Turkiye berjaya merakam detik-detik cemas ketika gempa bumi kedua melanda wilayah selatan Hatay, Turkiye dan utara Syria dua hari lepas.

Video yang berdurasi 41 saat tersebut menunjukkan keadaan persekitaran kawasan yang terkesan ketika gempa bumi kedua melanda kawasan tersebut.

Pada awalnya, keadaan persekitaran kereta tersebut kelihatan seperti normal. Lampu-lampu jalan berfungsi dengan baik suasana jalan kelihatan terang, walaupun sudah malam.

Tiba-tiba, suasana persekitaran menjadi gelap gelita, semua lampu jalan dan pencahayaan berhenti menyala. Kawasan ini dipercayai mengalami masalah terputus bekalan elektrik (black out).

Tidak lama selepas itu, kenderaan tersebut mula bergegar seiring dengan keadaan tanah yang dilanda gempa bumi. Gegaran tersebut amat kuat sehingga kereta tersebut kelihatan seperti terumbang ambing.

Bukan itu sahaja, terdapat percikan api kelihatan daripada tiang elektrik ketika gegaran tersebut berlaku.

Gegaran tersebut mula kelihatan reda pada saat ke-24 dan tiada lampu yang menyala melainkan cahaya-cahaya dari lampu kereta.

Walaupun dilanda gegaran yang kuat, bangunan runtuh dan kemalangan jiwa tidak dilaporkan dalam video ini.

Rakaman gempa turkiye

Tiga Maut Dalam Gempa Bumi Di Turkiye & Syria Semalam

Menurut AFP, sekurang-kurangnya tiga maut dalam gempa bumi yang mengegarkan wilayah selatan Hatay, Turkiye dan utara Syria dua hari lepas.

Gempa berukuran 6.4 magnitud berkenaan telah mencetuskan panik susulan gempa yang berlaku pada awal bulan lalu.

Difahamkan, ia berlaku pada jam 8.04 malam waktu tempatan dan dapat dirasai 200 kilometer hingga ke Utara bandar Antakya, wilayah Adana dan Lubnan.

Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu berkata, tiga orang dilaporkan terbunuh manakala 213 orang cedera telah dibawa ke hospital.

Badan Sukarela, Syria White Helmets turut melaporkan lebih 130 orang cedera selepas beberapa bangunan yang rosak dilaporkan runtuh.

Manakala, Agensi Pengurusan Bencana Turkiye (AFAD) di Twitter memaklumkan, dua lagi gempa susulan berukuran 5.8 magnitud (tiga minit kemudian) dan 5.2 magnitud (20 minit kemudian) berlaku di daerah Samandag, Hatay.

BACA: Tiga Maut Dalam Gempa Bumi Di Turkiye & Syria Semalam

Sumber:@IlmFeed via Twitter

The post Tular Rakaman Didakwa Ketika Gempa Bumi Terbaru Di Turkiye appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*