Tular Video ‘Hempuk’ Budak Dengan Meja, Polis Reman Ibu Bantu Siasatan Kes Dera Anak

Seorang wanita dilaporkan telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes dera anak dalam satu video tular yang memaparkan budak lelaki ‘dihempuk’ dengan sebuah meja baru-baru ini.

mendera anak lelakinya dengan membaling sebuah meja kayu dalam satu video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Kosmo, suspek yang berusia 36 tahun itu telah ditahan di sebuah rumah di Kok Lanas, Kelantan sekitar jam 3.30 petang semalam selepas bapa mangsa atau bekas suaminya membuat laporan polis pada 10 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, berdasarkan siasatan, pihak mereka mendapati ayah mangsa mengetahui kejadian tersebut melalui teman lelaki suspek yang menghubunginya dan memaklumkan insiden baling meja terbabit yang berlaku pada 9 Mac lalu.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama ibunya kerana masih bersekolah selepas bercerai dengan bapa kandungnya pada dua tahun yang lalu.

“Suspek bersama bekas suaminya berkahwin di Thailand pada 2012 dan mempunyai dua orang anak. Selepas bercerai, wanita itu menjaga anak lelakinya manakala bekas suaminya tinggal bersama seorang lagi anak perempuan di Tampin, Negeri Sembilan.

“Pada awalnya, bekas suami wanita itu cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan suspek berhubung hak penjagaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor Kosmo!

Dalam pada itu, mangsa dilaporkan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Kanak-kanak itu juga akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya lagi, kes tersebut disiasat mengikut Skesyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek juga telah direman selama tujuh hari bermula hari ini, 17 September 2022 hingga Jumaat, 23 September 2022.

Menerusi video yang tular berdurasi 26 saat itu, suspek dilihat telah bertindak dengan membaling sebuah meja kayu ke arah anak lelakinya hingga kedengaran menangis.

BACA: Kes budak didera dikurung: Ibu saudara, suami diberkas, adik mangsa turut didera

Sumber: KOSMO!

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*