Tular Wanita Curi Duit Di Kaunter Bas, Polis Percaya Suspek Ada Masalah Mental

Curi Duit Di Kaunter Bas

Tular Wanita Curi Duit Di Kaunter Bas, Polis Percaya Suspek Ada Masalah Mental

Seorang wanita yang ditahan polis kerana cuba mencuri wang di kaunter bas Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kulai pada Rabu telah diserahkan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim pada Khamis selepas dipercayai mempunyai masalah mental, lapor Sinar Harian.

Supritendan Tok Beng Yeow, Ketua Polis Daerah Kulai berkata, disebabkan suspek gagal memberikan butiran diri ketika disoal siasat, polis telah mengambil keputusan untuk terus menyerahkan suspek kepada pihak hospital bagi menjalani rawatan.

“Pada 25 Januari, tular di laman sosial Facebook video mengenai seorang wanita yang ditahan dan diperiksa oleh beberapa orang awam kerana disyaki telah mengambil wang dari laci kaunter bas ekspres di Stesen Bas RTC Kulai.

“Pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan telah ke lokasi dan hasil siasatan, kejadian dipercayai berlaku sekitar 9.00 malam.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Bagaimanapun, setelah melakukan pemeriksaan dan soal siasat ke atasnya, suspek telah mengembalikan wang yang diambilnya kepada majikan penjaga kaunter bas ekspres berkenaan,” kata Supritendan Tok Beng Yeow.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, suspek dipercayai telah mengambil sejumlah wang sebanyak RM800 dari laci kaunter bas ekspress tersebut.

Dalam pada itu, Beng Yeow memaklumkan bahawa majikan kepada penjaga bas ekspres tersebut memaklumkan pihak polis untuk tidak memanjangkan kes tersebut kerana suspek telah memulangkan semula wang diambilnya itu.

Sumber: Sinar Harian

The post Tular Wanita Curi Duit Di Kaunter Bas, Polis Percaya Suspek Ada Masalah Mental appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*