Penyelidik Turkiye Ramal Gempa Kuat Bakal Landa Sekali Lagi

gempa kuat Turkiye

Penyelidik Turkiye Ramal Gempa Kuat Bakal Landa Sekali Lagi

Ahli seismologi tempatan, Dogan Preincek meramal bahawa gempa bumi kuat 7 Magnitud mungkin akan melanda Turkiye sekali lagi.

Amaran ini dikeluarkan selepas negara tersebut dan negara jirannya, Syria dilanda gempa bumi berskala besar iaitu 7.8 magnitud beberapa hari lalu. Gempa bumi dahsyat tersebut telah meragut lebih 20,000 nyawa setakat ini.

Agensi berita Rusia, RIA News memetik Perincek berkata, gempa kuat 7 Magnitud boleh berlaku di kawasan barat Turkiye, sekitar bandar pelabuhan Canakkale. Perincek mendakwa ramalan itu dibuat berdasarkan pemerhatian ke atas situasi di Laut Marmara.

Perincek turut menambah, Canakkale akan dilanda gempa bumi dalam lingkungan setiap 250 tahun sekali. Kali terakhir bandar tersebut dilanda bencana gempa bumi kira-kira 287 tahun lalu.

Berdasarkan rekod ini, beliau merasakan waktu gempa seterusnya di Canakkale akan tiba tidak lama lagi.

Peningkatan aktiviti seismik di Canakkale

“Dalam 10 hari lepas, saya telah merekodkan peningkatan aktiviti seismik di Canakkale dari arah Laut Marmara.

“Saya telah melakukan pemantauan harian dan menganalisis aktiviti seismik di dalam negara tersebut dengan menggunakan peta khas selama lebih 10 tahun.

“Dalam masa tiga tahun, saya meramalkan insiden gempa bumi di Canakkale,” tambah Perincek.

Gempa bumi Turkiye-Syria

Terdahulu, gempa kuat 7.8 magnitud yang melanda Turkiye dan Syria pada Isnin lepas merupakan gempa terburuk yang berlaku dalam satu abad. Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan juga berkata gempa yang melanda negara itu lebih teruk berbanding gempa pada 1939.

Pasukan penyelamat dalam pada itu berdepan dengan kesukaran untuk mencari dan menyelamat mangsa antaranya struktur runtuhan bangunan yang tidak stabil dan juga cuaca sejuk serta hujan berterusan.

Pada awal Jumaat, suhu di Gaziantep yang terletak berdekatan dengan pusat gempa telah menjunam sehingga -3 darjah Celcius.

Disebabkan cuaca yang terlalu sejuk, ribuan keluarga telah bermalam di dalam kereta-kerata dan khemah kerana takut untuk kembali ke rumah masing-masing.

Pusat gimnasium, masjid, sekolah dan pusat membeli belah turut dibuka pada waktu malam untuk memberikan perlindungan kepada orang ramai.

Angka kematian meningkat secara mendadak

Gempa bumi pada Isnin, 6 Februari merupakan insided gempa bumi terdahsyat sejak 1939, yang ketika itu mencatatkan 33,000 kematian di timur Erzincan.

Menurut sumber rasmi dan perubatan setakat dua hari lepas, angka korban yang direkodkan di Turkiye adalah 17,674 orang manakala 3,377 lagi dicatatkan di Syria.

Jumlah kematian bagi kedua-dua negara ini dikhuatiri akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

BACA: Gempa Bumi Turkiye: SMART Berjaya Keluarkan 5 Lagi Mangsa Tertimbus Dalam Runtuhan

Sumber: First Post

The post Penyelidik Turkiye Ramal Gempa Kuat Bakal Landa Sekali Lagi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*