Türkiye, bukan Turki: Diplomat AS setuju Ubah Ejaan Baharu

Türkiye, bukan Turki: Diplomat AS setuju Ubah Ejaan Baharu

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan permintaan kerajaan Turki untuk memanggil negara tersebut dengan nama Turkiye, lapor The Guardian.

Permintaan itu dibuat selepas negara Turkiye tidak mahu mana-mana agensi atau persatuan mengalami kekeliruan dengan nama tersebut dengan ayam yang dinamakan sebagai Turkey disana.

Perubahan itu telah diumumkan menerusi sebuah kenyataan dari jabatan itu mengenai tindakan bersama antara AS dan Turkiye dan tidak lagi akan menggunakan perkataan Turkey pada masa akan datang.

“Kedutaan Turki memang ada meminta kami untuk menggunakan ejaan ini dalam komunikasi kami,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

“Jabatan akan menggunakan ejaan yang anda lihat hari ini dalam kebanyakan konteks diplomatik dan dua hala rasmi kami, termasuk dalam komunikasi awam.

“Tetapi ‘Turkey’ tidak dilarang untuk digunakan sekiranya mahu memajukan pemahaman umum yang lebih luas kerana ia difahami secara meluas oleh orang Amerika,” kata Ned lagi.

Pentagon telah menulis Turkiye sejak Ogos lalu menerusi satu kenyataan mengenai panggilan antara ketua pertahanan sekutu NATO, dan jabatan negara kadang-kadang telah menggunakan ejaan itu di media sosial.

Presiden Recep Tayyip Erdogen pada 2021 telah mengarahkan penggunaan Turkiye secara konsisten dalam bahasa yang menggunakan skrip Latin.

Rakyat Turkiye telah sekian lama kecewa apabila kartun dan rujukan lain mengaitkan nama negara itu dalam bahasa Inggeris dengan seekor ayam. Ayam itu dipercayai dinamakan sedemikian kerana British menganggap spesies itu asli dari Amerika Utara, dan berasal dari timur.

Dalam artikel baru-baru ini, penyiar awam Turki, TRT World menyatakan bahawa “Turkey (ayam belanda)” juga boleh menjadi slanga untuk “orang bodoh”.

“Taip “Turkey” di Google dan anda akan mendapat set gambar, artikel dan definisi kamus bercelaru yang menggabungkan negara dengan Meleagris atau dikenali sebagai ayam belanda.

“Seekor burung besar yang berasal dari Amerika Utara yang terkenal kerana dihidangkan di dalam menu Krismas atau makan malam ‘Thanksgiving’,” tulis artikel itu lagi.

Antara negara yang menggunakan bahasa Inggeris seperti laman web kedutaan di Ankara Australia, Kanada, India dan New Zealand telah menukar kepada Turkiye, manakala kedutaan British, Ireland dan Afrika Selatan masih menggunakan Turki.

Sumber: The Guardian

The post Türkiye, bukan Turki: Diplomat AS setuju Ubah Ejaan Baharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*